Advertlets

Saturday, June 02, 2012

Syekh Siti Jenar dan perlawanan terhadap perhambaan





Syekh Siti Jenar dibunuh kerana dikatakan menyebarkan ajaran sesat. Akan tetapi, itu kata pemerintah. Pemerintah, dari dulu dan sekarang, apabila ada yang menggugat kekuasaan mereka, akan bertindak ganas.


Siti Jenar dibunuh. Video diatas adalah wawancara Norhayati Kaprawi bersama Agus Sunyoto yang memahami ajaran Syekh Siti Jenar.


Yang jelas, Syekh Siti Jenar menentang perhambaan. Sebab itu pemerintah membunuh beliau. Dari dulu dan sekarang cerita dan watak tetap sama. Yang berbeza hanyalah zaman.

Lebih 50,000 "hijau"kan Kedah




PAS kekal sebagai musuh Umno nombor satu dalam gelanggang politik Malaysia. Selepas Umno-BN dengan perhimpunan belia, PAS menyambut dengan perhimpunan Hijau di Kedah.


Usaha untuk mengahwinkan Umno dan PAS gagal. Apabila Haji Mohamad Sabu diangkat sebagai timbalan presiden PAS, usaha tersebut semakin sukar.


PRU 13 bakal menentukan. PAS akan berhadapan dengan Umno di majoriti kerusi. Terutama di kawasan yang penduduknya majoriti Melayu.


Friday, June 01, 2012

Musa: 'Saya beritahu Pak Lah - Najib tak terlibat'




Baca berita tulisan saya di sini.


Saya dan rakan-rakan Malaysiakini mewawancara bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan minggu lalu.


Ahmad Taufik, pengasas AJI, Indonesia





Ahmad Taufik, pengasas Aliansi Jurnalis Independen (AJI) - dipenjarakan kerana penubuhan AJI oleh mantan presiden Indonesia, arwah Jeneral Haji Soeharto.


Kini merupakan editor eksekutif bagi Koran Tempo diwawancara oleh Seacem. Diatas adalah video "teaser".

Urgent Appeal Burma Artist Under Threat


Urgent Appeal
Solidarity – joint statement - action
Performance Artist Under Threat in Burma
By Rahmat Haron
019-6492 772 (Kuala Lumpur, Malaysia)

Brief on the case: Witness Account
The event title:
OPEN RELATIONS IN A TIME OF TRANSITION
A performance art exchange program between Malaysia-Burma artists.
From 19-20th May 2012, 5 Burmese Artists were in Kuala Lumpur:
  1. Moe Satt
  2. Maung Ni Oo
  3. Nge Lay
  4. Ma Ei
  5. Suu Myint Thein
They had workshops, artist presentations at Findars Art Space, Wangsa Maju and public performance art event. The public performance art event was held at Jalan Sultan, KL from 3-6pm on 19th May 2012, Saturday. No interruption by Malaysian Authority, only a brief questioning by the city council (DBKL) officer on duty. The Malaysian Artist Involved in the Performance Art Event At Jalan Sultan:
  1. Wong Eng Leong
  2. Kyl Mohamad
  3. Rayza Mukmin (from Pakatan Paradoks)
  4. Aisyah Baharuddin
  5. Intan Rafiza
  6. Saifudin Mamat (Poodien)
  7. Rahmat Haron
  8. Sharon Chin
  9. Chelsea Heike

Kalau benar "dokumen sulit" pertahanan negara boleh dibeli, hancurlah Malaysia....




Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.


NONEPeguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". 


Baca berita penuh di sini.


Jika benar seperti yang dilaporkan oleh peguam Perancis ini, maka kita kena mula bersiap sedia untuk berhijrah.


Dokumen sulit megenai pertahanan negara tidak seharusnya boleh dijual beli. Kalaupun si penjual terdesak ingin menggunakan wang, jangan gadaikan keselamatan negara.


Inilah masalahnya apabila tidak mempunyai sifat cintakan negara.


Setiap perkara yang berlaku perlu ada batasnya. Jika benar ini berlaku, tindakan keras harus diambil. Jika tidak benar, bagaimana dokumen tersebut boleh bocor?

Thursday, May 31, 2012

Kerana "number plate" badan binasa.....




Nizar disiasat di bawah Akta Hasutan isu bidaan no plat Sultan Johor. Klik di sini. Walaupun sebelum itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf. 

Nizar mengatakan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Sultan Johor. 

Untuk saya tidak perlulah dipanjangkan cerita "number plate" WWW ni. Tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa. 

Memang benar, ramai rakyat marah melihat harga "WWW" menjadi begitu mahal dan hanya yang benar-benar banyak wang yang mampu memilikinya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip banyak wang daripada "WWW" ini. Mungkin JPJ sudah harus mula menyedekahkan sedikit daripada keuntungan kepada rakyat yang memerllukan.

Berikan diskaun saman yang lebih besar. Biar rakyat merasa keutungan besar JPJ ini. Selepas "WWW", Pulau Pinang akan menjadi tumpuan. Selepas ini akan tiba giliran "PKR". Seluruh negara akan memberikan tumpuan kepada berapakah harga yang akan dikeluarkan untuk membeli "PKR1".


Wednesday, May 30, 2012

Tan Sri Musa Hassan: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat





Pendedahan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan kepada Malaysiakini tentang pengelibatan "Mafia" dalam politik Malaysia.


"Mafia" mempunyai perniagaan pelacuran, penyeludupan dan lain-lain.


Saya: Maksud Tan Sri, apa yang diceritakan dalam filem Godfather betul berlaku di Malaysia?


Tan Sri Musa Hassan: Yes, betul berlaku ............


Tuesday, May 29, 2012

Semua lawatan luar negara PM pada bulan Jun dibatalkan


Seorang teman yang bekerja dengan media arus perdana baru saja menghantar SMS. Katanya semua lawatan Datuk Seri Najib ke luar negara telah dibatalkan. 


Katanya lagi, pengumuman penting akan dilakukan pada hari Jumaat.


Jumaat yang pertama ialah 1 Jun 2012. Oleh itu, tunggulah setiap Jumaat kalau-kalau ada pengumuman penting. 


Apa yang akan diumumkan? Pembubaran parlimen? Ada kemungkinan.


Kerana petanda-petanda pilihan raya dah nak hampir ada. Rakyat diberi imbuhan RM 500 melalui bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M). 


Warga Felda tidak kurangnya. Lebih hebat, RM 5000 bagi ibubapa dan RM 5000 bagi anak mereka.


Warga media gembira kalau pilihan raya cepat. Dapatlah mereka hidup seperti biasa. Politikus? Mungkin banyak kira-kiranya. Misteri menyelubingi. Dicalonkan atau tidak?

Keganasan Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik nak tipu siapa?



Nong Chik: Kemungkinan orang luar cetus kekecohan
  • Koh Jun Lin
  • 8:54PM Mei 28 2012
 
Sambil bertegas masih belum ada bukti siapa yang mencetuskan kekecohan di Pantai Dalam Khamis lepas, Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat spekulasi ia berlaku kerana PKR membawa orang luar ke dalam politik tempatan.

NONEMenyedari salah seorang mangsa, Raja Ismail Raja Din dari PKR 
Selangor, beliau mendakwa, ramai diimport untuk mengganggu keadaan. 

Sebaliknya, kata beliau, banyak program yang melibatkan penduduk tempatan sahaja tidak ada masalah.

Katanya, apabila mereka membawa 'orang yang diimport', sering akan terjadi gangguan kerana mereka akan mencabar satu sama lain.

Dan apabila itu berlaku, adalah sukur untuk mengawal 'suhu' hadirin, kata Raja Nong Chik dalam satu sidang akhbar semalam.

Sebagai contoh, katanya, ialah insiden Kerichi Kampung pada 3 April lalu, di mana orang luar seperti aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan NGO Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dibawa ke dalam pertikaian antara penduduk yang telah berpindah untuk memberi laluan kepada kerja meroboh rumah asal mereka, dan mereka yang enggan berpindah.

Katanya, penduduk pada mulanya tidak agresif sehingga didakwa diprovokasi oleh 'orang luar', menyebabkan Adam Adli ditumbuk.

Beliau beliau memuji perhimpunan India Rights Action Force (Indraf 2.0) hari Ahad yang diadakan secara tertutup, dan mencadangkan pada masa kan datang, ceramah yang berpotensi "sensitif", hendaklah mengikut contoh tersebut.

Lihat video dibawah: