Advertlets

Tuesday, May 29, 2012

Keganasan Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik nak tipu siapa?



Nong Chik: Kemungkinan orang luar cetus kekecohan
  • Koh Jun Lin
  • 8:54PM Mei 28 2012
 
Sambil bertegas masih belum ada bukti siapa yang mencetuskan kekecohan di Pantai Dalam Khamis lepas, Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat spekulasi ia berlaku kerana PKR membawa orang luar ke dalam politik tempatan.

NONEMenyedari salah seorang mangsa, Raja Ismail Raja Din dari PKR 
Selangor, beliau mendakwa, ramai diimport untuk mengganggu keadaan. 

Sebaliknya, kata beliau, banyak program yang melibatkan penduduk tempatan sahaja tidak ada masalah.

Katanya, apabila mereka membawa 'orang yang diimport', sering akan terjadi gangguan kerana mereka akan mencabar satu sama lain.

Dan apabila itu berlaku, adalah sukur untuk mengawal 'suhu' hadirin, kata Raja Nong Chik dalam satu sidang akhbar semalam.

Sebagai contoh, katanya, ialah insiden Kerichi Kampung pada 3 April lalu, di mana orang luar seperti aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan NGO Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dibawa ke dalam pertikaian antara penduduk yang telah berpindah untuk memberi laluan kepada kerja meroboh rumah asal mereka, dan mereka yang enggan berpindah.

Katanya, penduduk pada mulanya tidak agresif sehingga didakwa diprovokasi oleh 'orang luar', menyebabkan Adam Adli ditumbuk.

Beliau beliau memuji perhimpunan India Rights Action Force (Indraf 2.0) hari Ahad yang diadakan secara tertutup, dan mencadangkan pada masa kan datang, ceramah yang berpotensi "sensitif", hendaklah mengikut contoh tersebut.

Lihat video dibawah:





Umno Kedah tidak mahu Mukhriz, kata Ariff Sabri


Bekas Adun Umno, Datuk Ariff Sabri yang kini menyertai DAP, mangatakan bahawa Umno Kedah tidak mahukan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon MB. 


Akan tetapi mantan PM, Tun Dr. Mahathir lah yang meletakkan anaknya itu sebagai calon MB bagi Umno. 


Atas alasan apa Mukhriz mahu diangkat sebagai calon MB? Kepimpinan yang baik? Kecemerlangan dalam mentadbir ekonomi? Tidak. Hanya semata-mata beliau adalah anak mantan PM.


Inilah budaya feudal Umno yang dijuarai Mahathir walaupun beliau sendiri naik sebagai PM bukan atas dasar beliau anak sesiapa. Datuk Seri Najib Razak tidak akan menjadi PM tanpa bantuan Mahathir.


Mahathir balas jasa arwah Tun Abdul Razak terhadap dirinya. Baca seterusnya di sini.

Leonard Cohen


Tertidur awal semalam. Maka bangun pukul 3 pagilah gamaknya. Ada beberapa kerja yang belum selesai. Maka kena selesaikanlah.

Tiba-tiba teringat Leonard Cohen. Sosok lagenda yang masih lagi hidup. A living legend. Nyanyian bersahaja tetapi vokalnya mantap. Lirik-lirik tulisannya juga hebat.


Lelaki ini mempunyai pengalaman hidup yang panjang. Pernah menjadi sami Buddha. Pelbagai onak dan duri telah beliau lalui.


Leonard Cohen tetap tegak berdiri.

Monday, May 28, 2012

Mengapa PAS sokong perhimpunan BERSIH?




Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. 

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Rasulullah S.A.W bersabda: “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “.

Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah SAW: “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat....” 




Mandeep VS PTPTN: Mari turun ramai-ramai



MT Umno terima laporan BN tumbang PRU 13


Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti. 


Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).


Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Klik di sini.


Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?


Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?
Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.


Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara. 






Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Kemudian, kembangkan melalui tindakan.


Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.


Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.


Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya. 


Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal. Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.


Malaysia harus belajar dari Nepal!

Isnin


Ya, Isnin telah kembali. Merampas kebahagiaan hujung minggumu. Sebentar nanti sekitar jam 8 atau 9 kamu akan melihat teman-temanmu menulis "Monday blues" distatus FB mereka. 


Begitu jugalah dengan kehidupan. Selepas bertenaga kamu akan penat. Selepas makan kamu akan kenyang. Selepas malam pasti muncul siang.


Pekerjaan juga memberikan kebahagiaan. Jika kita benar-bnar ikhlas dan memahami pekerjaan kita.


Jika bekerja hanya semata-mata untuk mendapatkan gaji pada akhir bulan, itu adalah seperti jasad tanpa roh. 


Di pejabat atau tempat kerja pasti ada yang lain. Teman sejawatan ataupun yang lebih tinggi jawatannya daripada kita.


Jika betul cara kita menghadapai watak yang berbeza-beza ini, kita akan ketemukan kebahagaan. Kerana disitu ada kebahagiaan.


Yang paling penting, sebesar manapun masalah kita dirumah, jangan sekalai-kali kita bawa ke pejabat. Di rumah boleh jadi ada dinosaur yang mahu menyerang, biarkanlah.


Setiap manusia mempunyai masalah. Masalah semuanya rumit-rumit. Mengikut level masing-masing. Di pejabat atau tempat kerja, biarlah ianya menjadi cerita pejabat atau tempat kerja. Jangan jadikan cerita rumah tangga kita. 

Sunday, May 27, 2012

Demi waktu


Waktu berlalu dengan pantas. Tanpa menunggu kita. Dalam waktu-waktu tertentu, pernah juga aku berfikir begitu enaknya kalau dapat menghentikan waktu. 


Kalau boleh ingin juga kembali ke masa lalu untuk betulkan kembali kesalahan-kesalahan yang tidak mahu aku lakukan.


Akan tetapi itu hanyalah angan-angan fikiran. Realitinya itu tidak akan berlaku. Jadi, layankan saja kehidupan. Dah tentu akan jadi lebih matang dan berhati-hati dalam membuat keputusan.


Waktu lalu tak akan kembali. Kenangan biarlah tersimpan di minda, Akan tetapi jangan sampai kita hidup dalam kenangan. Ia akan menyusahkan kita untuk bergerak kedepan. 


Aku sudah lama redha dengan apa yang aku ada. Walaupun pencapaian hidup tak seberapa, yang penting aku puas dan faham apa yang aku lakukan. Anda?


Jangan sampai kita menjadi hamba kepada "kertas".


Nurul Izzah: Video ceramah bukti terbaik




Polis harus siasat insiden ini dengan segera. Pelaku harus ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Saturday, May 26, 2012

Bekas IGP: Ceramah balas undang masalah



Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan 
Malaysiakini semalam.
ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.

Ditanya sama ada polis patut campur tangan, Musa berkata, tanggungjawab harus diberikan kepada peserta ceramah untuk mengawal emosi mereka sendiri.

Katanya, oleh kerana Malaysia negara demokratik, setiap pihak boleh saling mengkritik satu sama lain tetapi kemarahan itu tidak boleh disalurkan sebagai keganasan.

Dalam insiden di Pantai dalam dekat ibu negara kelmarin, dua penyokong Pakatan Rakyat cedera, termasuk seorang kanak-kanak ekoran ketegangan daripada ceramah PKR dan Umno yang berlangsung bersebelahan.



Malaysiakini akan menyiarkan laporan hasil wawancara dengan Musa dalam empat bahagian pada minggu depan.


Dipetik dari Malaysiakini.