Advertlets

Thursday, December 30, 2010

CRG Communication

Mulai tahun 2011 (yang tinggal berberapa hari lagi), CRG Communication, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Meor Yusof Aziddin dan rakan-rakan akan kembali dengan nafas baru. Setakat ini, CRG Communication sudah mempunyai 5 orang pelajar untuk kelas gitar.

Selain itu, CRG Communication kini menawarkan khidmat penulisan lirik dan penciptaan lagu. CRG Communication juga sedang dalam proses rakaman album kumpulan Society yang bertajuk Dejavu. Album ini di jangka akan berada di pasaran selewat-lewatnya awal bulan Febuari 2011.

Tuesday, December 28, 2010

Takziah buat keluarga K. Kabilan

Sewaktu sarapan pagi tadi, Azlan dari Malaysiakini memberitahu bahawa anak kepada K. Kabilan, bekas editor Malaysiakini yang kini berkhidmat untuk Free Malaysia Today meninggal dunia.

Diberitakan, anak kepada Kabilan terkena wabak Denggi dan baru berusia 5 tahun.

Takziah buat Kabilan sekeluarga. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Monday, December 27, 2010

FELDA

Bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad baru saja diumumkan sebagai Pengerusi FELDA yang baru. Semoga Allah menyelamatkan warga FELDA.

Wak Leman

Dari kiri Pyanhabib, Meor, Wak Leman dan aku

Aku tergolong dalam golongan yang beruntung. Dapat bertemu dan berkenalan dengan manusia hebat. Diantara manusia hebat yang aku temui dalam hidup aku adalah Wak Leman a.k.a Leman Jawa Kampung Baru.

6-7 tahun yang lalu ketika aku berada dalam kesedihan dan marah-marah, aku ditemukan dengan Wak Leman. Wak Leman yang pada ketika itu sudah berusia 70 tahun lebih memberikan nasihat yang "cool" kepada aku.

Diantaranya adalah, "Amin, free your mind". Terkejut aku mendengar nasihat sebegini daripada orang tua. Yang lebih hebat lagi, pada ketika itu, Wak Leman seperti boleh membaca fikiran aku. Banyak perancangan "jahat" aku digagalkannya dengan mudah.

Dua minggu lalu, aku membawa Meor dan Pyanhabib untuk bertemu Wak Leman. Pyanhabib yang pernah bekerja di Restoran Minang di Kampung Baru pada sekitar tahun 1978-79 seringkali bertemu dengan Wak Leman.

Kata Pyanhabib, pada ketika itu tubuh beliau begitu sasa. Apabila dipertemukan, kedua-dua mereka begitu gembira sekali. Maklumlah sudah lebih 30 tahun tidak bertemu.

Bagi yang menetap di Kampung Baru pada sekitar taun 1960an dan 1970an pasti mengenali beliau. Wak Leman kenal baik dengan arwah atuk aku, Hj. Juberi Bin Hj. Taib. 

Tidak ramai yang tahu bahawa Wak Leman merupakan salah seorang daripada pejuang kemerdekaan. Sifat beliau yang "low profile" menyebabkan beliau tidak di tulis dalam buku sejarah. 

Beliau pernah diburu oleh penjajah British oleh kerana senjata-senjata yang beliau seludup untuk dibekalkan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain.

Selain itu, beliau juga merupakan adik kepada seorang tokoh besar. Tidak perlulah ditulis siapa tokoh besar tersebut oleh kerana Wak Leman pasti tidak suka.

Kini Wak Leman telah berusia 80 tahun dan mempunyai masalah dengan jantungnya. Beliau adalah orang yang paling layak untuk bercakap tentang Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 oleh kerana beliau adalah anak jati Kampung Baru.

Pandangan beliau adalah paling neutral oleh kerana beliau tidak mempunyai kepentingan politik. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Wak Leman untuk terus hidup agar peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah dapat diceritakan olehnya kepada masyarakat.

Wak Leman adalah contoh seorang pejuang yang dibiarkan terbiar. Jika negara tahu dan faham apa yang telah dipejuangkan oleh Wak Leman satu masa dahulu, sudah pasti martabat Wak Leman akan diangkat ketempat yang lebih tinggi.

Begitulah kita, seringkali membiarkan orang-orang hebat ketika mereka masih hdup. Apabila mereka telah pergi, barulah kita terkial-kial melakukan sesuatu.

Tahniah Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya berjaya menumpaskan pasukan Indonesia dengan 3-0. Perlawanan kedua akan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta. Untuk ke Gelora Bung Karno, anda boleh menggunakan perkhidmatan Busway dari Stasiun Kota.

Kepada penyokong Harimau Malaya yang akan ke Jakarta nanti, semua dinasihatkan supaya berhati-hati. Jangan termakan provokasi. Bolasepak seharusnya mengeratkan lagi hubungan diantara Malaysia dan Indonesia.

Sunday, December 26, 2010

PTPTN

Sehari dua ini, akhbar  arus perdana seperti Utusan Malaysia seringkali memainkan isu pembayaran balik wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menurut Utusan, hanya 77 peratus daripada peminjam membayar balik pinjaman untuk pendidikan tinggi tersebut. Klik disini.

Isu PTPTN dekat di hati anak-anak muda yang belajar di universiti semenjak tahun 1997. Saya tidak faham mengapa pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said masih lagi bising. Ini adalah kerana, 77 peratus adalah peratusan yang tinggi. Jikalau hanya, 33 peratus yang membayar balik pinjaman, saya boleh faham mengapa beliau mahu marah.

Mengapa pula kerajaan tidak pernah mengungkit peminjam-peminjam wang Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sehingga kini majoritinya masih belum membuat pembayaran semula?

Datuk Ismail Mohamed Said pasti tidak akan faham perkara ini oleh kerana sewaktu beliau mahasiswa dahulu, kerajaan Malaysia memberikan biasiswa kepada golongan seperti beliau.

Jika begini sikap kerajaan Malaysia terhadap "anak-anak" mereka sendiri, janganlah marah jikalau majoriti golongan muda cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional. Pendidikan bagi semua rakyat adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Jikalau pendidikan diperniagakan seperti hari ini, jangan merungut jikalau negara mengalami masalah keurangan buruh-buruh mahir. Belajarlah dari negara-negara "kebajikan" seperti Norway, Sweden dan lain-lain lagi.

Mereka membenarkan perniagaan berkembang dan dalam masa yang sama, kebajikan rakyat dilektakkan di tempat yang tertinggi. Jangan terlalu terpengaruh dengan sistem ekonomi "Neo Liberal" yang akan memusnahkan masa depan anak dan cucu kita.

Saturday, December 25, 2010

Politik dan strategi politik

Hishamuddin Rais adalah diantara seorang pemikir politik yang hebat. Kerajinan beliau membaca dan berfikir menyebabkan beliau menjadi seorang yang berfikiran tajam. Dalam tulisan terbarunya di Malaysiakini, beliau mengupas dengan bahasa yang mudah tentang bagaimana pentingnya sesebuah gerakan politik menggunakan strategi dan taktik yang betul untuk memenangi sesuatu perlawanan. Klik disini.

Orang seperti Hishamuddin Rais layak digelar intelektual. Ini adalah kerana kemampuan beliau untuk menterjemahkan ilmu-ilmu yang berat dengan menggunakan bahasa yang mudah.

Jika anda terjumpa dengan orang yang mengaku intelektual dan gemar menggunakan bahasa-bahasa yang susah dan bombastik, orang itu sebenarnya tidak pandai.

Tujuan mereka menggunakan bahasa-bahasa yang susah agar mereka kelihatan pandai. Ini adalah penyakit lama. Penyakit orang-orang bodoh yang mahu kelihatan pandai. Tinggalkan sahaja forum atau diskusi yang dianjurkan oleh golongan ini. Jangan buang masa. Anda mempunyai pilihan untuk tidak terus ditipu oleh golongan yang bodoh lagi membodohkan ini.

Jika mahu haramkan Syiah, putuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan perangilah Hezbollah

Updates


Tidak kedengaran suara-suara jaguh Hak Asasi Manusia mengeluarkan kenyataan bagi membantah tindakan zalim kerajaan Malaysia ini. Mungkin juga benar, orang-orang Melayu dan Umat Islam tidak layak untuk mendapatkan keadilan dan Hak Asasi Manusia.


Posting Asal


Baru-baru ini Umat Islam yang mengamalkan mahzab "Syiah Imamiyah" di Gombak ditindas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).  Pada ketika itu, mereka sedang memperingati kematian cucu kepada Muhammad S.A.W, Hussein Bin Ali yang pada satu masa dahulu telah dibunuh dengan kejam oleh kerajaan Yazid Bin Muawiyah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak banyak berbicara mengenai isu ini. Tahukah beliau apakah impak kepada tindakan JAIS tersebut? Jika benar kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawai agama di Malaysia menganggap bahawa ajaran Syiah itu haram, saya mencadangkan agar kerajaan Malaysia memutuskan sahaja hubungan diplomatik dengan kerajaan Iran.

Selain itu juga, kerajaan Malaysia itu bolehlah bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan kerajaan Israel untuk memerangi Hezbollah. Jangan terus hidup dengan hipokrasi. Di dunia cakap lain dan di dalam negara cakap lain.

Kalau zaman dahulu boleh, kini dengan adanya perkembangan internet, maka tindakan zalim JAIS telah diketahui dunia. Kini kerajaan Malaysia dan JAIS telah mempunyai musuh iaitu penganut ajaran Syiah di seluruh dunia.

Selepas ini, pegawai-pegawai JAIS jangan lagi bermimpi untuk masuk ke negara Iran. Dan ingat, Hezbollah yang menjadi juara kepada umat Islam dalam melawan Zionis Israel juga kini adalah musuh kepada JAIS dan kerajaan Malaysia.

Fikirkanlah. Jangan bertindak bodoh dan menggunakan agama sebagai alat untuk menindas saudara sendiri.

Merry Christmas and a Happy New Year

Last night must be wonderful for those who celebrate Christmas. Christmas dinner must be fun.

This morning the kids couldn't wait to see what the Santa has sent for them. One of the new Christmas song that i like is the one from Bob Dylan. It's about Santa Claus. Enjoy it.

Friday, December 24, 2010

Daniel Johnston

Berberapa tahun yang lalu, sahabat aku, Nazri yang menggendalikan Chetak Syndicate memperkenalkan aku kepada seorang penyanyi yang "style". Namanya Daniel Johnston. Mamat ini sedih kisahnya. Dengarkanlah lagu dibawah dan kemudian google nama dia.

Hari Natal

Hari Natal kembali lagi. Tahun lalu aku dan kamu, diundang makan malam oleh sebuah keluarga yang menyayangi kita. Menyayangi dengan ikhlas, memberikan kasih sayang. Kau dan aku dijamu dengan pelbagai hidangan, seperti anak yang pulang dari perantauan.

Mana mungkin kita lupakan, kasih sayang mereka. Lagu-lagu hari Natal berkumandang, memeriahkan suasana. Yang paling aku suka, seperti biasa, yang ditulis John Lennon. Yang mengingatkan kita tentang umur yang semakin tua sedangkan belum banyak yang telah kita lakukan.

Hari ini, aku pasti mereka sedang sibuk, riuh rendah untuk mempersiapkan jamuan makan malam untuk malam ini, yang tiada kita bersama. Aku tetapi, mereka akan meresakan kehadiran kita, kerna jiwa dan roh kita bersama mereka. Salam Hari Natal.

Thursday, December 23, 2010

Hujan

Updates


Telah dilagukan oleh Meor Yusof Aziddin untuk album Society yang akan keluar di pasaran Januari 2011 nanti.


Posting Asal

Pagi ini hujan turun. Mengejutkan aku dari tidur yang panjang.

Hujan itu membasahi bumi. Membersihkan segala kekotoran malam.

Hujan itu menyejukkan hati dari kepanasan, kemarahan, kebencian akibat pengkhianatan.

Pengkhianatan yang tak mungkin dapat dimaafkan, walau seribu tahun lagi.

Hujan memang "rahmat". Tetapi bukan kepada semua. Ada yang susah kerana hujan. Ada yang marah kepada hujan.

Aku? Kadangkala marah dan kadangkala sayang kepada hujan. Sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit. Tidak menipu diri sendiri.

Shah Alam,

6.14 pagi.

Wednesday, December 22, 2010

Konvoi Anak Muda



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan konvoi motosikal anak muda. Klik disini. Diberitakan, seorang YB yang "cun" akan menyertai konvoi ini. Kalau nak tahu siapa YB cun ini, sila sertai konvoi ini.

Insya Allah, kalau berkesempatan, saya akan cuba bersama.

Tuesday, December 21, 2010

Politik dan parti politik

Politik dan parti politik adalah dua entiti yang berbeza walaupun saling berkait. Membuat kerja-kerja politik boleh jadi di dalam atau di luar parti politik. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik oleh kerana saya tidak boleh mengikut disiplin parti.

Di dalam parti politik, ada ketua dan ada struktur. Apabila kita menyertai sesebuah parti politik, maka kita perlulah mengikuti disiplin parti tersebut. Kita harus patuh kepada keputusan kepimpinan parti politik tersebut.


Saya mempunyai ramai teman-teman yang berada dalam parti politik yang tidak faham akan perkara asas ini. Saya sering nasihatkan, jika anda tidak mampu untuk menerima disiplin sesebuah parti, keluarlah daripada parti tersebut.

Jadi seperti Zaid Ibrahim, beliau lebih jelas. Beliau tidak bersetuju dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) maka beliau keluar dan ambil alih AKIM dan menukarnya menjadi KITA. Penyokong-penyokong beliau mengikut beliau. Walaupun tidak besar, tetapi cukup seperti apa yang mereka perlukan.


Monday, December 20, 2010

Terima kasih

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang membantu menjayakan pertukaran status dalam hidup aku. Kepada yang aku tak sempat jemput, jangan risau, ada satu lagi majlis pada 8 Januari 2011 di Banting, Selangor.

Yang berminat untuk hadir, email aku di amin@aminiskandar.net.

Thursday, December 16, 2010

Menuju kedamaian

Tidak ada yang paling baik selain mempunyai kedamaian dalam hati.

Dalam perjalanan hidup yang tak seberapa jauh ini, telah banyak diharungi.

Pelbagai dugaan dan cubaan yang pernah di alami. Penghinaan sering diterima, dikhianati menjadi lumrah.

Tidak ada lagi yang dapat mengalahkan jiwa yang telah tabah.

Akhirnya yang paling membahagiakan apabila hati mempunyai kedamaian. Kedamaian yang abadi. Yang jujur. Yang ikhlas....

Wednesday, December 15, 2010

The History of Election Monitoring: Amin Iskandar

Merayakan Demokrasi

Jika kita adalah demokrat tulen, kita akan mengalu-alukan parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) menerima Zaid Ibrahim sebagai presiden baru mereka. Diberitakan, AKIM akan bertukar nama menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Nampaknya, demokrasi di Malaysia bertambah subur. KITA akan masuk kedalam gelanggang politik Malaysia yang didominasi oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Cuma yang rakyat ingin tahu, bagaimanakah KITA akan bergerak?

Dengan siapakah KITA akan beraliansi? Itulah persoalan yang menarik yang bakal kita saksikan pada tahun 2011. Rayakanlah Demokrasi dengan hati yang terbuka.

I'm Your Man

Saturday, December 11, 2010

Society

Akhirnya aku ketemukan kebenaran. Penyanyi Folk yang hebat, Meor Yusof Aziddin mengundang aku untuk bersamanya dan seorang penyanyi baru Ili Farhana untuk bersama-sama mereka dalam sebuah band muzik yang bernama "Society".

Society merupakan band lama Meor yang kini dihidupkan semula. Niat aku menyertai band ini hanyalah semata-mata untuk merayakan hidup. Maklumlah, suara tak sedap dan muka tak hensem. Akan tetapi, aku gembira kerana akhirnya, jiwaku mempunyai "makanan" yang lazat.

Klik disini untuk membaca pandangan Meor mengenai "Society".

Friday, December 10, 2010

Al-Fatihah buat ayah Rasidan

Dua tiga hari ini, banyak betul peristiwa sedih yang melanda sahabat-sahabat baik aku. Diantaranya adalah kematian ayah kepada Rasidan Ramly, pemilik kepada DFX Studio. Ayah kepada beliau meninggal dua-tiga hari lalu.

Sudah pasti Rasidan masih dalam kesedihan. Marilah kita bersama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T.

Wednesday, December 08, 2010

Kesetiaan

Pada pandangan aku, kesetiaan merupakan perkara yang terpenting di dalam sesuatu perhubungan. Kesetiaan seorang anak kepada ibubapa. Kesetiaan seorang suami kepada isteri. Kesetiaan seorang sahabat kepada sahabatnya. Kesetiaan seorang pekerja kepada majikannya.

Aku akan hilang hormat kepada mana-mana  manusia yang belot. Belot kepada ibubapa. Belot kepada isteri. Belot kepada sahabat. Belot kepada majikan. Akan tetapi, jika belot untuk kebaikkan aku masih lagi boleh pertimbangkan.


Tuesday, December 07, 2010

API Regional Meeting Cultural Night

It's been a while since the last time i sang i front of public. This is the current one during the API Regional Meeting Cultural Night in Penang.

Thanks to Michiko for making the performance look great. Ha ha ha... Hope everybody will enjoy it. I call it "The Ballad of Black and Michiko". 


Monday, December 06, 2010

Takziah buat Penarikbeca a.k.a Bakar Haq

Saya baru mengetahui bahawa sahabat saya, pemilik blog Penarikbeca a.k.a Bakar Haq baru sahaja kehilangan kekasih hati yang juga anak kesayangannya. Semoga Allah akan memberikan kekuatan kepada Bakar untuk meneruskan kehidupannya.

Takziah buat Bakar sekeluarga. Al-Fatihah buat Muhammad Sadiq Bin Abu Bakar.

Saturday, December 04, 2010

Tahan Azizah ISA = Revolusi

Saya bukan ahli PKR. Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Akan tetapi, saya akan menjadi begitu marah melihat penindasan dan kezaliman. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat adalah hak semua rakyat Malaysia.

Seorang peguam dari parti Umno mencadangkan agar kerajaan Malaysia menggunakan ISA terhadap Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Klik disini.

Saya cabar kerajaan Malaysia. Jika berani guna ISA terhadap Wan Azizah semata-mata kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dengan parti pemerintah, saya akan menghasut seluruh anak-anak muda yang berani untuk bersama-sama melakukan Revolusi.

Kerajaan Malaysia harus ingat, kebebasan bersuara adalah hak seluruh rakyat Malaysia. Jika satu hari nanti Pakatan Rakyat memerintah dan mereka ingin gunakan ISA terhadap Dato Seri Najib Razak, saya akan bersama mempertahankan beliau.

ISA undang-undang kuno. Hanya orang-orang yang lemah dan tidak tahu berhujah sahaja menggunakan ISA oleh kerana fikiran mereka terlalu bodoh untuk melawan hujah pencabar politik mereka.

Kerajaan Malaysia harus ingat, mereka adalah hamba kepada rakyat. Rakyat boleh menjatuhkan mereka pada bila-bila masa tanpa menunggu pilihanraya.

Asian Solidarity Network

After a few discussion with two youth leader, Dedi Ali Ahmad from Indonesia and Badrul Hisham Shaharin from Malaysia, we agreed to form Asian Solidarity Network.

At this moment, we only has two member organization, Indonesian Solidarity for Asian People (SIAP) and Malaysian Youth Solidarity (SAMM) both led by Dedi Ali Ahmad and Badrul Hisham Shaharin.

Asian Solidarity Network targets to unified the young people all over Asia who still believes that we still has a hope to create a better Asia. The Asia which that is guided by love and humanity.

We invite all young Asian no matter what profession you are in to be together in this forum as a network to share the love and humanity.

Asian Solidarity Network didn't subscribe to any dominant ideology. Our ideology is love and humanity.

From love and humanity, we would like to be together in order to create a better Asia.

If you think you or your organization wants to be with us, don't hesitate to email me at amin@aminiskandar.net. Soon we will create a Facebook Page.

Our target is by next March 2011, we will organize the first forum of Asian Solidarity Network in Kuala Lumpur, Malaysia. 

Yunus Ali: A Soldier of Change (Part 2)

Friday, December 03, 2010

Lonely Soldier



Yeah.... I'm a Lonely Soldier too.....

Korea dan aku (3)

Setelah berhempas pulas menyiapkan tugas di Seoul. Akhirnya aku sampai ke "kampung", Gwangju awal pagi tadi. Lebih kurang jam 1.30 pagi. Kim Chanho, "abang besar" 518 Foundation menjemput aku dari perhentian bas bersama tunangnya yang cantik dan baik hati.

Aku di bawa kerumahnya yang "luxury", sebuah apartment mewah yang mempunyai tiga bilik. Di Korea Selatan, sukar untuk mempunyai rumah "diatas tanah" oleh kerana tanah yang semakin berkurangan berbanding dengan populasi yang semakin berkembang.

Kurang lebih ada dalam 40 juta rakyat Korea Selatan. Di Seoul, aku bertemu dengan ramai orang-orang hebat. Yang paling hebat adalah Professor Lee Dae Young. Beliau adalah diantara penasihat kepada presiden Lee Myun Bak.

Walaupun bersama dengan Grand National Party yang dianggap garis "kanan", Prof. Lee mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Beliau ingin aku membantu beliau untuk memulakan program perkongsiaan budaya di antara Korea Selatan dan Malaysia.

Yunus Ali: A Soldier of Change



Thanks to Shufiyan Shukur for all his efforts. Yunus must be proud. At least, Malaysiakini remember him.....