Di Asia Tenggara, Ferdinand Marcos yang pada satu ketika dahulu tidak terkalahkan juga terpaksa keluar negara setelah berlakunya "people power uprising" yang menyaksikan seorang suri rumah, Corazon "Cory" Aquino menjadi ikon revolusi dan di angkat sebagai presiden wanita yang pertama di Filipina pada tahun 1986.
Hari ini dunia menjadi semakin berkembang. Globalisasi telah menggecilkan dunia. Internet telah berkembang dengan meluas. Di negara-negara yang menyekat kebebasan media seperti Malaysia, internet telah menjadi medan untuk rakyat meluahkan suara mereka.
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikatakan mirip Marcos dan Soeharto juga tidak pernah berniat untuk menutup atau menyekat internet. Malahan Dr. Mahathir sendiri menggunakan blog sebagai medium untuk mengkritik pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak ingin memperketatkan kawalan terhadap internet.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet . Pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan mereka. Klik disini.
Jika KDN teruskan langkah ini, saya percaya penentangan akan menjadi semakin besar. Penentangan ini, akan menyaksikan penyatuan pelbagai pihak dari parti politik yang berbeza. Kerajaan akan terkejut nanti.
Nasihat saya, jika tidak mahu terjadinya seperti apa yang berlaku di Tunisia atau yang sedang berlaku di Mesir, kerajaan harus menghentikan cadangan "bodoh" ini. Dari segi ekonomi pula, apa yang kerajaan boleh lakukan jika para pelabur asing menarik modal mereka?
Tidak kah parah jadinya nanti? Sebab itu, Najib Razak harus membersihkan kabinetnya dari orang-orang seperti Datuk Seri Rais Yatim yang sudah terlalu "tua" untuk memahami perkembangan zaman dan teknologi.
Satu ketika dahulu Rais pernah mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.
Saya percaya, idea ini dikemukakan kembali oleh orang-orang seperti Rais. Ini mungkin di sebabkan oleh "cerita panas" yang di bangkitkan oleh blogger-blogger mengenai beliau.
![]()
0 comments:
Post a Comment