Advertlets

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat tinggal 2011 yang pastinya meninggalkan kenangan yang manis, pahit dan pelbagai lagi. Akhirnya, kita berada di hari terakhir 2011. 2011 pasti akan pergi dan tidak akan kembali. Selamat datang 2012. Semoga tahun baru memberikan semangat baru kepada kita dalam mengejar impian yang kita inginkan. 


Blog Amin Iskandar ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca yang setia. Blog ini pernah terhenti dari April sehingga Oktober 2011. Alhamdulillah kini sudah kembali aktif. 


Kepada pembaca yang setia, teruskan bersama blog ini. Semoga informasi yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat tinggal 2011. Selamat datang 2012!


Friday, December 30, 2011

Arab Spring telah berlalu, Asian Spring 2012?


2011 telah menyaksikan Arab Spring berlaku di tanah Arab. Para diktator dihumban kedalam tong sampah sejarah. Itu tahun 2011 di tanah Arab.


Di Asia terutamanya di Asia Tenggara masih ramai lagi diktator dan regim yang teguh berdiri. Mereka berkuasa seumpama tidak ada lagi hari esok. Mampukah Asia Tenggara bangkit dan halau diktator dan regim-regim ini pada tahun 2012?


Indonesia sedang bergolak. Malaysia sedang bergolak. Filipina juga sedang bergolak. Singapura melihat perkembangan Malaysia. Bangkit Malaysia, angin pasti akan sampai kesana.


Tahyul dan fahaman tua hanya menunggu masa untuk digantikan. Akan tetapi, hanya anak-anak muda yang mampu melakukan keajaiban. Yang tua juga penting sebagai panduan, tak lebih dari itu.


Dunia ini akhirnya menjadi milik anak muda. Sudah bersiapkah anak-anak muda untuk megambil kekuasaan? Takkanlah setelah berhempas pulas melawan kekuasaan, apabila menang, kekuasaan nak diberi kepada "golongan tua yang belum merasa kuasa"?


Fikirkanlah. Bersiaplah untuk berjuang dan menang. Jangan hanya bersiap untuk berjuang dan kemudiannya setelah menang, orang lain yang memetik hasilnya.


Perlu diingat, "Golongan Reformis Gadungan" banyak dan merata-rata. Tidak faham apa erti "reformis gadungan"? Sila tanya kawan-kawan di Indonesia. Mereka mampu menjelaskannya.

Hurt



One of the song from Johnny Cash that i love the most.

Berakhir dan bermula sesuatu episod


DEC 30 — Tinggal berberapa hari lagi tahun 2011 akan berakhir. Sepanjang tahun ini, telah banyak cabaran dan rintangan yang dilalui. Tahun 2011 tidak akan kembali. Ianya menjadi kenangan yang tersimpan di minda ataupun video dan gambar didalam “hard disk” kita.
Isu-isu politik, tidak kurang hebatnya. Persaingan hebat diantara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) merancakkan lagi politik negara.
Dari satu isu ke satu isu timbul dan tenggelam dengan begitu pantas. Teknologi membantu mempercepatkan perkembangan ini.
Facebook, Twitter, blog dan lain-lain menjadi senjata utama abad ini dalam menyampaikan maklumat. Media-media tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio terpaksa mengikut kelajuan penyampaian maklumat oleh Internet.
Telefon pintar (smartphone) seperti BlackBerry, Iphone, Samsung Galaxy dan macam-macam lagi kini dimiliki oleh rakyat ramai.
Kalau dahulu maklumat hanya diperolehi apabila membuka komputer riba atau komputer, kini maklumat diperolehi melalui telefon bimbit.
Jika dalam PRU 12 lalu, blog menjadi senjata utama dalam perlawanan dialam maya, kini Facebook dan Twitter megambil alih peranan tersebut.
Dalam kesibukan tugas harian, masa untuk membaca bagi mendapatkan maklumat menjadi begitu pendek dan hanya maklumat yang penting menjadi pilihan.

Thursday, December 29, 2011

Pejuang kemerdekaan, Ibrahim Chik meninggal dunia


Baru menerima berita sedih dari saudara Nizam di Temerloh, Pahang. Di khabarkan, bekas pejuang kemerdekaan yang gigih menentang penjajah Inggeris, saudara Ibrahim Chik baru saja meninggal dunia 45 minit yang lalu.


Beliau meninggal dunia di rumahnya di Taman Setia Jasa, Temerloh, Pahang. Arwah Ibrahim Chik sewaktu muda aktif bersama Angkatan Pemuda Insaf (API) dibawah pimpinan Datuk Ahmad Boestamam.


Selepas penjajah Inggeris mengharamkan hampir kesemua pertubuhan politik progressif seperti API, AWAS, GERAM, PKMM, PKM, Hizbul Muslimin dan banyak lagi, Ibrahim Chik masuk ke hutan dan bergabung bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dibawah Regimen ke 10.


Al-Fatihah buat arwah Ibrahim Chik. Takziah kepada keluarga dan kawan-kawan Regimen ke 10 yang masih hidup.


Satu hilang seribu terbilang. Patah tumbuh hilang berganti. Namun, kehilangan pejuang kemerdekaan seperti Ibrahim Chik sukar diganti.


Percayalah, perjuanganmu tidak pernah sia-sia. Satu persatu sejarah telah dibuka. Lama kelamaan, rakyat pasti tahu siapa pejuang dan siapa petualang.





Mampukah Dr. Mahathir memaafkan Ezam Mohd Noor?





Sedang menonton Youtube tiba-tiba ternampak video ini. Bukan main hebat ucapan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor yang kini sudah bersama Umno dan bergelar Senator.


Tiada siapa boleh nafikan bahawa mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad masih berpengaruh dan kuat didalam Umno. Dibawah adalah ucapan Ezam membelasah Mahathir ketika bersama PKR.


Jika Mahathir terlihat video ini, mampukah beliau memaafkan Ezam?

901

Penganalisa politik ramal Najib menang besar PRU 13






Muda Mohd. Noor
 | December 29, 2011
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.
PETALING JAYA: Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan.
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari  Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata,   tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.
Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990.
Ketua Jawatankuasa Kluster  Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana baru akan menang besar dalam pilihan raya  pertama mereka.
“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi  Najib.
“Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”
Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13.
Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.
`Tiada box office lagi’
Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13.
Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.
“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya.
Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini.
Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka.
Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat.
Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.
Diambil dari FMT disini.

Tiada kebebasan untuk fitnah








Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, menang dalam kes saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati akhbar milik Umno itu bersalah memfitnah Lim Guan Eng dalam sebuah berita yang bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang diterbitkan pada 20 Disember 2010.

Mahkamah memerintahkan Utusan untuk membayar RM 250,000 kepada Guan Eng dan RM 25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Kisah ahli politik dan saman mereka terhadap akhbar, blog atau ahli politik yang lain bukanlah sesuatu perkara baru di Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyaman ramai pihak kerana mendakwa mereka memfitnah dirinya. Anwar pernah menyaman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia.

Anwar juga pernah menyaman ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi.
Oleh kerana banyak saman dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kepada golongan yang memfitnah mereka, persoalan ditimbulkan oleh sesetengah pihak, apakah tindakan saman menyaman ini bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara?

Wednesday, December 28, 2011

Che Guevara speech at UN 1964



 Mr. President; Distinguished delegates:

The delegation of Cuba to this Assembly, first of all, is pleased to fulfill the agreeable duty of welcoming the addition of three new nations to the important number of those that discuss the problems of the world here. We therefore greet, in the persons of their presidents and prime ministers, the peoples of Zambia, Malawi and Malta, and express the hope that from the outset these countries will be added to the group of Nonaligned countries that struggle against imperialism, colonialism and neocolonialism.

We also wish to convey our congratulations to the president of this Assembly [Alex Quaison-Sackey of Ghana], whose elevation to so high a post is of special significance since it reflects this new historic stage of resounding triumphs for the peoples of Africa, who up until recently were subject to the colonial system of imperialism. Today, in their immense majority these peoples have become sovereign states through the legitimate exercise of their self-determination. The final hour of colonialism has struck, and millions of inhabitants of Africa, Asia and Latin America rise to meet a new life and demand their unrestricted right to self-determination and to the independent development of their nations.

We wish you, Mr. President, the greatest success in the tasks entrusted to you by the member states.

Cuba comes here to state its position on the most important points of controversy and will do so with the full sense of responsibility that the use of this rostrum implies, while at the same time fulfilling the unavoidable duty of speaking clearly and frankly.


Kempen menuntut pendidikan percuma

Mampukah Malaysia melaksanakan pendidikan percuma dari pendidikan peringkat bawah sehinggalah pendidikan pringkat tinggi? Mustahilkah ini untuk dilaksanakan? Setakat ini masih belum ada jaminan pendidikan percuma akan diberikan kepada rakyat oleh kedua-dua kuasa politik yang bersaing.

Kempen menuntut kebebasan akademik berterusan

Insiden penurunan bendera Najib di PWTC yang menjadi kontroversi sehinggakan mahasiswa diugut dan diancam tidak melemahkan semangat mereka. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan BEBAS meneruskan kempen mereka untuk menuntut kebebasan akademik diteruskan. Mereka akan melanjutkan kempen ke utara tanah air. Klik disini.


Dalam teori gerakan rakyat, semakin kuat tekanan yang diberikan, maka semakin kuat jugalah perlawanan yang akan berlaku. Anak-anak muda dan mahasiswa semakin berani. Ini adalah satu perkembangan yang baik.


Tidak mustahil imej yang berlaku di Dataran Tahrir dibawah akan kelihatan di Dataran Merdeka tidak lama lagi.





Kempen Hope2Walk berterusan




Tuesday, December 27, 2011

Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa


Oleh: Fathi Aris Omar


ANALISIS: Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.


Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.


Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.


Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.


Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno!
Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak.
Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'.


Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno.


Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya.


Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu.


Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya?


Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin?


Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS.


Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan.
Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0.



YouTube Rewind 2011

Surat terbuka kepada Menteri Kesihatan dan Pengarah HRPZII




Updates

1) Blog Rocky Bru turut membangkitkan tentang perkara ini. Klik disini.

Posting Asal


Salam sejahtera kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Assalamulaikum kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam perkidhmatan kesihatan di Malaysia dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II yang berusaha untuk menggubal dan melaksanakan polisi "Memberi perkhidmatan klinikal dan sokongan bagi mencapai tahap maksima dalam mencapai kepuasan pelanggan secara beretika, efisen dan profesional dengan membekalkan jagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan diagnostik dan sokongan serta pemulihan awal yang melibatkan langkah-langkah peningkatan kualiti berterusan" seperti mana yang dijanjikan didalam Perutusan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II didalam website HRPZ 2 tidak lama dahulu.




Dilemma Najib


24 DIS — Menurut seorang teman yang juga seorang ketua editor sebuah “news portal” terkemuka tanahair, perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir Mohammad berusaha keras untuk melaksanakan program-program ekonomi, sosial dan politik yang dekat dihati rakyat.
Ini boleh dilihat dari pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selepas menggantikan Dr. Mahathir, jika kita ingat kembali – Abdullah Badawi berusaha keras untuk melaksanakan reformasi dalam kerajaan pimpinannya.
Yang menjadi batu penghalang utama kepada program-program reformasi Abdullah Badawi adalah dari parti Umno sendiri.
Golongan “garis keras” yang kuat bersarang dalam parti tersebut sehingga akhirnya, Abdullah Badawi menjadi bahan jenaka.
Sabotaj dari dalam Umno menjadi antara punca keputusan pilihan raya umum ke 12 yang menyaksikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen dinafikan – berberapa negeri BN terlepas ketangan pembangkang.
Abdullah tersingkir dari tampuk kuasa dan Datuk Seri Najib Razak menggantikannya. Selain gagasan 1 Malaysia, Najib menjuarai program transformasi didalam pentadbirannya.
Dari ekonomi, sosial dan politik semuanya mahu ditransformasikan oleh Najib. Seperti Abdullah, Umno sendiri menjadi batu penghalang kepada program-program Najib.
Sehingga kini, Najib masih belum dilihat mempunyai kekuatan untuk meyakinkan Umno untuk bersama gagasan yang ingin beliau bawa.

Saturday, December 24, 2011

Merry Christmas to all





Blog Amin Iskandar would like to wish Merry Christmas to all. May all of you enjoy the great time with the loved one. Enjoy your Christmas dinner. Drive carefully for those who are on the road.


‘Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan


December 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.
Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).
“Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.
Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.
Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.
“Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan,” katanya.
Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
“Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan ‘stop-short’ di situ.
“Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno,” katanya. Sumber: TMI

iPhone after 30 years (iPhone 44G)

MTU atau ABU?

MTU atau ABU? Mungkin ramai yang sudah tahu apa maksud ABU. Akan tetapi, belum ramai yang faham apakah itu MTU. Ingin tahu?


Sila baca ulasan dari blogger Penarik Beca disini.

Friday, December 23, 2011

SPRM serbu pejabat NFC

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mount Kiara sebentar tadi berhubung dengan skandal yang melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil.


Apakah Ketua Wanita Umno akan turut "dikorbankan" seperti bekas Menteri Besar Selangor Dr. Khir Toyo?

Khir Toyo dakwa dijadikan "Kambing Hitam"





Bekas menteri besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" dalam kes rasuah beliau. 


Kenyataan Khir ini dipercayai merujuk kepada keputusan mahkamah berhubung dengan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diumum pada 9 Januari 2012 nanti. 


Sebab itu apabila ditanya oleh wartawan tentang masa depan politiknya, Khir berkata beliau hanya akan menjawab selepas 9 Januari 2012. Klik disini.


Blogger terkemuka Tukartiub turut meramalkan keputusan mahkamah berkenaan dengan kes Dr. Khir Toyo ini adalah taktik untuk "mengolah persetujuan" rakyat apabila keputusan kes Anwar Ibrahim diumumkan nanti. 


Tukartiub yakin Anwar akan dipenjara dan menurut beliau, hukuman penjara terhadap Khir Toyo adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mahkamah di Malaysia berjalan dengan adil. Klik disini


Rakyat Malaysia harus bijak menilai dan membaca makna disebalik sesuatu perkara yang berlaku.



Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam





Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bekas menteri besar Selangor, Dr. Khir Toyo BERSALAH diatas tuduhan rasuah.


Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.


Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Khir Toyo dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara.

"Happy Christmas (War Is Over)" - Damien Rice

Thursday, December 22, 2011

Panglima Perang "Chipmunk"



Tiada apa yang mampu dicoretkan selain, KAH KAH KAH.

Berita duka: Annisa anak kartunis Ronasina meninggal dunia

Updates


Arwah Annisa Affendy telahpun selamat dikebumikan selepas solat Zohor tadi. Sewaktu sampai, talkin sedang dibacakan oleh Ustaz Badrul Amin. Turut kelihatan adalah sanak saudara Fendi @ Ronasina dan Sham.


Serta sahabat-sahabat mereka. Ahli politik yang kelihatan hadir, majoritinya dari Parti Keadilan Rakyat seperti YB Cikgu Lee, Ketua AMK, Shamsul Iskandar, Yahya Shaari, Latheefa Koya, Ustaz Badrul Amin dan lain-lain lagi yang mungkin tak terperasan oleh "empat" mata ini.


Al-Fatihah sekali lagi buat arwah. Kempen Hope2Walk akan diteruskan.






Posting Asal


Berita duka baru sahaja masuk. Adik Annisa Affendy  anak kepada kepada kartunis Ronasina diberitakan baru saja meninggal dunia di Hospital Kajang. Maklumat mengenai pengebumian masih belum terima. Al-Fatihah buat arwah. Semoga Fendi @ Ronasina dan isterinya Sham tabah menghadapi dugaan ini.

Wednesday, December 21, 2011

Najib nafi Shahrizat letak jawatan, maknanya dah tak lama riwayat Shahrizat



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Klik disini

Sebelum itu, Shahrizat mengeluarkan kenyataan yang agak jijik dan hanya boleh digunapakai tahun 60 an dahulu ketika maklumat masih lagi didominasi oleh kerajaan. Klik disini.

Penafian Najib itu berlaku dalam sebuah sidang akhbar. Najib juga enggan ulas apabila ditanya oleh wartawan tentang skandal NFC. Menurut Najib, beliau hanya akan komen apabila tiba masanya.

Mengapa tiba-tiba wartawan bertanya adakah Shahrizat sudah menghantar surat perletakan jawatan? Boleh jadi wartawan ini telah "ditugaskan" untuk bertanya soalan tersebut. 

Najib juga enggan komen apabila ditanya tentang skandal NFC. Ini adalah signal bahawa Najib Razak sudah tidak lagi memerlukan Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno. Najib tidak mahu mempertahankan Shahrizat.

Mungkin sudah sampai masanya Shahrizat bersiap-siap untuk berkemas sebelum ditendang keluar. Nanti tak sempat nak kemas barang kalau ditendang secara mengejut. 

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Delegasi PKR yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Saudara Saifuddin Nasution yakin SPRM akan menemui unsur-unsur rasuah dalam skandal NFC. Klik disini.

Latif Ibrahim Kritikal Di IJN


Latif Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.
Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.
"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.
"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.
Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN. Sumber MSTAR

Tuesday, December 20, 2011

Kempen gunakan "Otak" bukan "Otot"

Bukannya anti orang-orang yang suka menggunakan "otot". Tidak salah menggunakan "otot", kerana setiap manusia perlu bersenam agar terus sihat. Akan tetapi, kita tidak boleh nafikan yang "otot" juga seringkali disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak berfaedah.




Dalam isu Adam Adli yang menurunkan bendera Najib Razak di PWTC, nampaknya respon terhadap tindakan tersebut lebih kepada penggunaan "otot" dan bukanya "otak". Pemuda Umno PJU memulakan ugutan untuk meludah dan menampar.


Mereka (baca: Pemuda Umno PJU), telahpun dijadikan bahan jenaka di FB, Twitter dan Youtube. Jelas rakyat Malaysia lebih berminat dengan penggunaan "otak" apabila berhadapan dengan isu-isu sebegini dan bukannya "otot".


Diberitakan, Adam Adli telah diugut. Keluarganya juga diugut. Malahan sewaktu Adam Adli cuba untuk membuat laporan polis di Bukit Aman terhadap ugutan yang diterima, beliau hampir dipukul oleh seorang tua yang datang secara tiba-tiba.



Sahabat kita kartunis Zunar yang sekarang ini di Eropah juga risaukan akan keselamatan Adam. Lalu beliau ciptakan logo diatas untuk kawan-kawan kempen. Di Facebook - beribu manusia telah meng"like" page "We are all Adam Adli".

Namun, "like" di Facebook tidak mencukupi. Dalam realiti sekarang, ramai golongan yang suka gunakan "otot" sedang memburu Adam. Di harap rakyat Malaysia dapat bangkit bagi membela anak muda ini.

Jangan biarkan anak ini menjadi mangsa kerakusan golongan yang suka gunakan "otot" berbanding "otak".

Tindakan Pemuda Umno PJU dijadikan bahan lawak.... Kah kah kah

Bagaimana sesuatu berita itu di"ajinomoto" untuk menyedapkan cerita


Tidak layak digelar mahasiswa - Reezal

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Dua sayap UMNO hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurun dan memijak bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai biadab dan tidak bertamadun, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO menganggap kelompok yang terlibat tidak layak digelar mahasiswa.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kelakuan tidak beradab yang dilakukan oleh SMM itu tidak melambangkan kematangan tinggi yang dimiliki oleh majoriti mahasiswa tempatan.
Katanya, kebanyakan mahasiswa tempatan mempunyai nilai akhlak dan budaya yang bertamadun, sekali gus akal yang waras dan saling menghormati.

"Bagaimanapun, perbuatan segelintir kecil golongan ini yang dipercayai digunakan oleh pihak pembangkang dan bermotifkan politik telah mencemarkan nama baik mahasiswa yang sebelum ini disanjung tinggi oleh masyarakat.
"Sepatutnya, pendekatan yang lebih efektif dan efisien yang boleh menunjukkan kredibiliti mahasiswa itu sendiri digunapakai untuk menyelesaikan isu AUKU ini, bukannya dengan cara yang menghancurkan masa depan mereka ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengecam tindakan ahli SMM yang disifatkannya menyedihkan dan menjijikkan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebelum menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam pada itu, Reezal Merican menyatakan, bantahan yang dikemukakan itu tidak salah tetapi tindakan mereka yang melanggar tatasusila ketimuran itu amat tidak boleh diterima akal.

"Perbezaan pendapat adalah fitrah dan lumrah setiap manusia dan kita digalakkan untuk bermesyuarat (berbincang) untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

"Bukan dengan cara yang begitu bertentangan dengan identiti mahasiswa seperti ini," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan kurang ajar, biadab dan tidak menghormati orang lain oleh sekelompok mahasiswa itu jelas menunjukkan bahawa mereka amat beremosi.

"Tindakan mereka (menurunkan bendera) semata-mata untuk menunjukkan bantahan terhadap pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dilihat sebagai kelakuan yang tidak rasional dan tidak bertamadun.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana mereka telah dibenarkan berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan AUKU kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rosnah, Puteri UMNO menghormati hak mahasiswa untuk bersuara dan sentiasa memberi ruang kepada mereka bagi menyatakan pendapat serta pandangan melalui saluran yang betul.

"Golongan ini harus diberikan perhatian agar mereka tidak hanyut dan terus melakukan tindakan yang menyinggung perasaan pihak lain," katanya. - Utusan Online

Komen: Menurunkan bendera Najib Razak memang benar. Tetapi untuk mengolah persetujuan rakyat agar membenci lagi SMM dan Adam Adli, Utusan menambah perkataan "memijak bendera" walaupun perbuatan itu tidak berlaku. Ini adalah taktik-taktik media untuk menyedapkan lagi cerita mereka agar kebencian dapat dibangkitkan.

CNN, Fox News, Sky News dan media-media Pro Zionist yang lain memang mahir menggunakan taktik ini untuk mengolah persetujuan dunia bagi membenci Palestin. Utusan Malaysia juga handal. Mungkin mereka pergi ke sekolah atau dilatih oleh pihak yang sama.


UberSocial for Blackberry Tip: How to Use BBM Integration



Kepada yang belum tahu, lihat video diatas.

The tears of North Koreans after the death of Kim Jong II

Monday, December 19, 2011

Kempen membela Adam Adli

Nama Adam Adli naik secara tiba-tiba akibat daripada insiden menurunkan bendera Najib di PWTC. Selepas insiden tersebut, beliau diugut oleh pemuda Umno di salah satu bahagian Umno dinegeri Selangor untuk diludah, ditampar dan ditumbuk.


Seperti biasa, bukan "otak" yang mahu digunakan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, akan tetapi "otot" yang dijadikan fokus.


Kartunis Zunar yang kini sedang berada di Eropah mengirimkan logo ini dari jauh untuk digunakan oleh rakan-rakan yang ingin membantu membela Adam Adli dari terus menerus diugut oleh golongan-golongan yang lebih gemar menggunakan "otot" daripada menggunakan "otak".


Mahasiswa ini perlukan pembelaan. Beliau perlukan sokongan daripada anda-anda semua yang cintakan keadilan dan demokrasi.



SMM: Kata dua kepada Najib, mansuh AUKU atau BN tumbang


Ini amaran daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Selain dari itu, SMM tidak akan memohon maaf diatas insiden menurunkan bendera Najib di PWTC Sabtu lalu.

Anak-anak muda semakin berani.

SMM beri Najib kata dua mansuh AUKU sebelum PRU-13

December 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Dis — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara total dan kembalikan autonomi kepada universiti.
Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, jika Parlimen dibubarkan tetapi kerajaan masih tidak memansuhkan akta tersebut, mahasiswa akan memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum  ke-13.
“Jika benar Perdana Menteri (gambar) mahu buat perubahan, hapuskan AUKU secara total dan beri kuasa autonomi kepada semua universiti,” kata beliau pada sidang akhbar hari ini.
Mengulas tindakan menurunkan gambar Najib selaku presiden Umno kelmarin, beliau berkata, ia adalah simbolik kepada hilang percaya anak muda ke atasnya selaku ketua kerajaan.
“SMM berpendapat transformasi Najib telah gagal dilaksanakan secara telus kerana tindakan beliau terlalu jelas bersifat retorik untuk memelihara survival politik beliau,” katanya lagi.
Katanya, atas dasar sandiwara Najib ini, maka SMM memberi emsej jelas kepada Najib bahawa transformasi beliau telah gagal meyakinkan rakyat.
“Tindakan mahsiswa mengadakan protes Kebebasan Akademik pada 17 November lalu adalah simbolik kepada kebangkitan anak muda yang telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan,” tegas beliau.