Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, mengatakan - daripada 3.7 juta pengundi yang belum mendaftar, dua juta terdiri daripada orang Melayu.
Daripada dua juta orang Melayu yang tidak mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada anak muda yang berumur dibawah 40 tahun. Klik disini.
Ertinya, masih ramai anak-anak muda yang belum daftar mengundi.
Hari ini, kita menyaksikan pertembungan politik diantara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) semakin hebat.
BN mahu kekalkan kuasa, PR mahu ambil alih kuasa. Kedua-dua mempunyai misi yang hebat.
Secara logiknya, untuk mencapai objektif yang diinginkan, cara yang paling mudah adalah kedua-dua BN dan PR agressif untuk mendaftarkan pengundi.
Lebih-lebih lagi PR. Pengundi baru adalah kunci kejayaan mereka untuk ke Putrajaya. Lihat kembali bagaimana Barack Obama menang presiden Amerika Syarikat satu ketika dahulu. Bukankah pengundi baru yang menghantarnya ke Rumah Putih?
Untuk mencapai satu cita-cita yang besar, tidak mencukupi dengan retorik semata-mata. Kerja keras seperti mendaftarkan seramai mungkin pengundi adalah satu kewajipan yang perlu dilakukan.
Anak-anak muda ini perlu disedarkan tentang pentingnya mengundi untuk menentukan masa depan negara.
Yang lebih menghairankan lagi, bukankah setiap parti politik mempunyai sayap pemudanya? Apakah pemuda-pemuda parti politik hari ini hanya galak berjuang di laman Twitter sahaja?
Bagaimana pula dengan NGO anak muda yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan? Galak berceramah dan membuat laporan polis saja kah?
Susah sangat ke nak buat program mendaftarkan pengundi?
Institut Integriti Demokrasi dan Pilihanraya (NIEI) menyediakan perkhidmatan pendaftaran pengundi. Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah ke pejabat mereka di Bangsar Utama (di belakang Stesen LRT Bangsar) untuk mendaftar sebagai pengundi.
Klik disini untuk maklumat lanjut.
Bagi yang berada diluar kawasan Lembah Pantai, yang paling mudah, pergilah mendaftar di pejabat-pejabat Pos yang berhampiran.
Jika tidak mengundi, janganlah nanti anda bising apabila kerajaan yang menang selepas PRU 13 tidak menjaga kebajikan anda. Anda sendiri tidak bertanggungjawab untuk memastikan pemimpin yang bakal naik itu berpihak kepada anda.
![]()

0 comments:
Post a Comment