Apabila tidak membaca, anda akan menjadi terus jahil.
Apabila anda jahil anda akan membuat tindakan bodoh.
Apabila anda buat tindakan bodoh, anda akan menyusahkan orang ramai!
"Bom telah meletup di Bangkok minggu dahulu. Berita melaporkan bangunan kedutaan Israel sebagai sasaran. Seorang warga Iran telah ditahan di Kuala Lumpur. Sebelum di Bangkok, bom telah juga meletup di New Delhi dan di Georgia. Media dan ajensi berita yang bersimpati dengan Zionis telah menuduh Iran dibelakang semua letupan ini. Letupan ini adalah bukti bahawa Iran adalah negara sarang pengganas.
Tetapi Bangkok Post akbar harian Inggeris Siam telah melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Siam yang meminta semua pihak tidak melulu menuduh Iran. Apakah ada sesuatu lagi dibelakang letupan-letupan ini? Apa makna semua ini?
Dalam strateji media ini dipanggil strateji mengolah pesetujuan. Bom yang meletup itu adalah hasil operasi ‘false-flag’. Ini adalah mondus operadi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk mengolah persetujuan agar ‘letupan’ yang lebih besar dapat dilakukan.
Jika membaca buku memoir Said Zahari – bekas ketua pengarang Utusan Melayu - kita akan bertemu dengan naratif dimana Tunku telah diminta oleh British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian British meminta Tunku menuduh letupan ini sebagai kerja sabotaj Sukarno. Ini berlaku ketika Bung Karno menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.
Jangan lupa – paling terbaru di Kuala Lumpur telah berlaku 3 letupan kecil pada 9 Januari lalu d Mahkamah Jalan Duta. Ini juga adalah operasi ‘false-flag’. Tidak susah untuk memahami siapa dibelakang letupan ini kerana pagi esoknya akhbar kesayangan gerombolan United Malays National Organistion telah menuduh : letupan bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim. Baca seterusnya disini."
![]()

1 comments:
thks. amin
Post a Comment