Advertlets

Friday, February 03, 2012

Politik Malaysia masa kini?


Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Haji Dzulkefly Ahmad diserang awal pagi tadi. Sebuah keretanya, BMW E60 terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi tadi turut mengakibatkan bahagian bawah rumah Dzulkefly terbakar.

Sehingga kini belum dikenalpasti siapa pelakunya. Ini adalah satu perbuatan khianat dan motifnya mungkin untuk membunuh. Mujurnya Dzulkefly dan keluarganya tidak cedera atau 
terkorban.



Semalam kepala babi ditemui di Masjid di Sentul. Hari ini sebuah rumah pemimpin politik terbakar. 

Dalam usaha kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mahu melakukan transformasi politik dengan memansuhkan ISA dan akta zalim lain, apakah ini bentuk politik baru yang bakal dilalui oleh rakyat Malaysia?

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu bertindak tegas dan pastikan pelaku dihadapkan kemuka pengadilan. Bukankah sudah banyak tempat di Malaysia dilengkapi dengan peralatan CCTV?


Mengapa apabila berlaku kejadian sebegini CCTV selalu rosak atau gagal merakamkan kejadian?


Jika PDRM gagal juga dalam menyelesaikan kes ini, rakyat tidak akan lagi melihat badan tersebut sebagai pelindung kepada mereka. Imej PDRM hari ini, dilihat hanya melindungi parti pemerintah.


Contohnya mudah, lihatlah apa yang dilakukan terhadap laporan-laporan polis yang telah dilakukan terhadap orang-orang yang mempunyai kepentingan dengan parti pemerintah.


Hampir 99 peratus dibiarkan saja tanpa tindakan sehingga memperlihatkan seolah-oleh mereka turut bersekongkol!

0 comments: