Advertlets

Friday, March 02, 2012

Mufti Selangor minta hentikan keganasan politik



Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid meminta agar semua pihak menghentikan keganasan politik. Sejak akhir-akhir ini, kita sering melihat keganasan politik berlaku. Kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang. Puterinya Nurul Izzah Anwar hampir lebam matanya.





Gejala keganasan politik tidak sepatutnya berlaku politik perkara yang baik jika dilakukan dengan tertib dan teratur. Walaupun ada yang beranggapan politik itu kotor tapi politik itu perlu dan ia diamalkan dalam Islam. Sebab itu politik perlu dilakukan secara berdisiplin maknanya istilah keganasan politik adalah penipuan dalam politik seperti rasuah dan sebagainya.


Baca seterusnya disini.

Nasihat Mufti Selangor itu haruslah dijadikan iktibar. Jangan kerana ghairah untuk mempertahankan kuasa, kita korbankan keamanan negara. Politik itu harus "gentleman"!.

0 comments: