Friday, November 16, 2012

Dr Mohamed Mursi iktiraf Israel, gerakan Islam hilang maruah



Dr Mohamed Mursi yang disorak dengan gilang gemilang oleh gerakan Islam seluruh dunia apabila terpilih menjadi presiden Mesir akhirnya tunduk kepada tekanan hegemoni Amerika Syarikat dan skutunya Israel.
Pada 17 Oktober 2012 lalu, Atef Mohamed Salem Sayed Elahl ke Tel Aviv untuk meneruskan hubungan diplomatik diantara Mesir dan Israel.
Mohamed Mursi berasal dari gerakan Ikhwanul Muslimin atau “Muslim Brotherhood” yang menjadi rujukan kepada majoriti gerakan Islam seluruh dunia termasuklah Parti Islam Se Malaysia (PAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan banyak lagi.
Pengiktirafan Mohamed Mursi terhadap negara haram Israel, merendahkan maruah gerakan Islam kepada penentang-penentang kekuasaan hegemoni Amerika-Israel lain seperti Hugo Chavez dari Venezuela dan Fidel Castro dari Cuba.
Walaupun Chavez dan Castro bukanlah peganut agama Islam yang dijanjikan Syurga jikalau mati Syahid dalam melawan kezaliman, namun untuk tunduk kepada polis dunia tersebut tidak sama sekali.
Imbas kembali sejarah, perjanjian Camp David yang ditandatangani oleh Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, ekoran rundingan sulit selama 12 hari di Kem David dibantah oleh gerakan Islam seluruh dunia.
Dua perjanjian telah ditandatangani di Rumah Putih, dan telah disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter.
Perjanjian ini membawa kepada Perjanjian Damai Israel-Mesir 1979.
Setelah itu, Sadat dan Begin berkongsi menerima Hadiah Keamanan Antarabangsa (Nobel Peace Prize).
Kemarahan terhadap perjanjian Camp David membawa kepada pembunuhan Anwar Sadat oleh Khalid Islambouli pada 6 Oktober 1981.
Khalid kemudiannya dihukum bunuh oleh pemerintah Mesir pada 15 April 1982 dan hampir kesemua pemimpin gerakan Islam ketika itu mengiktiraf Khalid Islambouli sebagai mati Syahid.
Hari ini, apabila Mursi mengiktiraf Israel, gerakan Islam membisu, mungkin masing-masing sudah mula merancang untuk memulakan hubungan diplomatik dengan Israel.
Perdana menteri (PM) pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dikatakan mempunyai kehidupan liberal sewaktu mempimpin Malaysia dahulu jelas mempunyai pendirian untuk tidak mengiktiraf Israel.
Walaupun Tunku sendiri pernah mengatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular, untuk tunduk mengiktiraf negara haram Isreal tidak sama sekali.
Sehingga hari ini, secara rasminya, Malaysia masih belum mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Dimanakah demonstrasi pertubuhan dan NGO Islam Malaysia menentang pengiktirafan Mursi terhadap negara haram Israel?
Apakah pengiktirafan terhadap Isreal itu halal jika dilakukan seorang pemimpin itu berasal dari gerakan Ikhwanul Muslimin dan haram bagi pihak lain?
Dimata dunia, Ikhwanul Muslimin dilihat turut mengiktiraf Israel walaupun ada yang mengatakan Mohamed Mursi hanya berasal dari organisasi tersebut dan bukannya mewakili organisasi tersebut.
Habis tercalar gerakan Islam seluruh dunia dengan tindakan yang dilakukan oleh Mursi itu.
Orang seperti Tunku walaupun dikutuk kehidupan peribadinya oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak Islamik seorang yang lebih berprinsip.
Chaves dan Castro yang tidak beriman kepada Al-Quran dan Muhammad S.A.W seharipun tidak pernah menghalalkan penjajahan yang dilakukan Isreal terhadap bumi Palestin apalagi menghantar duta ke negara penjajah tersebut.
Apa lagi yang boleh dibanggakan dengan gerakan Islam?
Disiarkan buat pertama kali oleh TMI di sini.

1 comment:

Anonymous said...

kelakar. saya harap saudara banyak lagi membaca isu middle east dan baca sendiri berita ttg urusan PM Mesir melalui akhbar2 mesir online. artikel ini langsung tidak kritis.

hari ini kita melihat mesir menarik balik dutanya dari Israel dan tindakan ini memberi impak yg besar pd Israel juga sekutunya kerana masing2 masih ada kepentingan melalui Mesir. Turki juga begitu.

Saya harap saudara kaji lagi isu ini. Tajuk saudara terlalu keras dan syok sendiri, saya kurang bersetuju. Jangan nanti Islam menang, saudara yang hilang maruah dengan artikel saudara sendiri.