Wednesday, February 29, 2012
Siasat semua Tun, marah Dr. Mahathir
Tun Dr. Mahathir menyarankan agar semua Tun serta anak cucu mereka turut disiasat apabila mengulas desakan Lim Kit Siang agar audit dijalakan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri. Klik disini.
Marah benar Dr. Mahathir dengan cadangan pemimpin kanan DAP itu. Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh mantan perdana menteri itu. Sebab itulah selagi hayat dikandung badan, beliau akan bekerja keras agar Barisan Nasional (BN) tidak dijatuhkan baik melalui pilihan raya, mahupun pilihan jalan raya.
Labels:
BN,
Dr. Mahathir,
Lim Kit Siang,
UMNO
| Reactions: |
Tuesday, February 28, 2012
Dari Mansor Puteh
The Residency Years and Writing in the Sand... will have a special screening and forum at 3.00 p.m. Friday, 2 March, in the mini-theater on the 3rd floor of the Film Department of Aswara (in the new block).
Aceh TV is interested to broadcast The Resdency Years and am waiting for the okay from Finas, while Writing in the Sand...on how the Jasmine Revolution of the Arab Spring of 2011 could have been avoided!' had a world premiere in the 30th Fajr International Film Festival early February.
Mansor bin Puteh
Labels:
Diskusi,
Filem,
Mansor Puteh
| Reactions: |
Ahli parlimen Kota Belud, masih perlu ke sekolah
Kenyataan pembangkang bahawa mereka tidak bersaing secara sama rata merupakan dakwaan tidak adil kerana kumpulan itu mempunyai akses kepada media dalam talian yang mempunyai pembaca lebih besar daripada beberapa media arus perdana.
Memberi contoh, anggota parlimen Kota Belud berkata, sekarang ini lebih ramai orang membaca Malaysiakini berbanding Utusan Malaysia dan lebih banyak membaca The Malaysian Insider daripada The Star, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Baca seterusnya disini.
Ini adalah antara "hujah-hujah kurang cerdik" yang seringkali digunakan untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengekang media arus perdana.
Hujah Abdul Rahman ini boleh digunapakai sekiranya, kawasan-kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak mempunyai akses kepada internet. Abdul Rahman sendiri sedar, Kota Belud sendiripun tidak seberapa dari segi kemudahan internet.
Persaingan secara adil hanya berlaku apabila semua media arus perdana membuka ruang kepada semua pihak tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.
Setidak-tidaknya, benarkan pihak yang bukan kerajaan membuka stesen TV mereka sendiri kalaupun RTM dan Media Prima mahu terus-terusan menjadi mesin propaganda. Biarkan pihak lain juga mempunyai mesin propaganda mereka sendiri.
Benar TV Selangor juga berat sebelah. Akan tetapi tidak adil untuk membandingkan TV Selangor dengan Media Prima. Ibarat langit dan bumi.
Untuk ini saya fikir, Datuk Abdul Rahman Dahlan ini masih perlu kesekolah kerana hujah-hujahnya masih tumpul.
Akan tetapi pujian harus diberikan juga kepada Ahli Parlimen Kota Belud ini, sekurang-kurangnya beliau berani untuk berforum secara terbuka di Malaysia. Bukan berdiam diri atau pergi ke negara penjajah untuk berdebat.
Labels:
Malaysiakini,
Media,
MP Kota Belud,
Pilihan raya,
Politik
| Reactions: |
Menjawab laman Umno Reform
Laman Umno Reform mengkritik artikel saya di Malaysiakini yang bertajuk "Debat Budaya Demokrasi.
Kata penulisnya Anuar Mohd Nor, penolakkan cabaran debat oleh Datuk Seri Najib Razak terhadap cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah juga merupakan hak demokratik seseorang. Klik disini.
Saya tidak nafikan pandangan Anuar itu. Akan tetapi, Anuar masih belum lagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa pemimpin tertinggi Umno itu bukannya penakut.
Najib boleh terus menerus mengelak cabaran debat. Akan tetapi persepsi rakyat akan terus melihat Umno sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh seorang yang penakut.
Penakut untuk berdebat dan penakut juga untuk bertanding bagi merebut jawatan presiden Umno. Menang tanpa bertanding ini adalah budaya anak bangsawan Umno.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Debat,
Demokrasi,
Malaysia,
Najib Razak,
Politik
| Reactions: |
Monday, February 27, 2012
Masih Bisa Cinta
Karya indah Iwan Fals...
Labels:
Iwan Fals,
Masih Bisa Cinta
| Reactions: |
Sunday, February 26, 2012
Terkini: Puluhan ribu rakyat membanjiri Kuantan
Puluhan ribu rakyat membanjiri Padang MPK, Kuantan, Pahang. Bukti rakyat menolak kilang Lynas yang bakal merosakkan alam sekitar.
Semua photo dari saudara Yahya Sahri, pimpinan PKR Selangor.
Labels:
Anti Lynas,
Kuantan,
Pahang
| Reactions: |
Saturday, February 25, 2012
Jika bodoh, inilah jadinya
Ramlah: Tanah Melayu tak pernah dijajah sepenuhnya
Tanah Melayu tidak pernah dijajah secara sepenuhnya oleh British kerana orang Melayu masih mempunyai tempat dalam perkara tertentu, kata pakar sejarah Malaysia Datuk Prof Ramlah Adam.
Beliau berkata antara bukti perkara itu ialah pengekalan institusi raja Melayu dan peranannya dalam hal ehwal agama Islam serta adat istiadat orang Melayu.
"Meskipun British memegang kuasa pentadbiran di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka, mereka tidak buang terus peranan raja Melayu yang dianggap sebagai elemen penting terutama sebagai anggota mesyuarat...yang mereka hapuskan adalah peranan pembesar negara seperti Bendahara dan Temenggong," katanya.
Ramlah yang berkata demikian dalam Kolokium Sejarah Malaysia, di Universiti Malaya hari ini, mendasarkan pandangannya pada sejarah Tanah Melayu.
Beliau turut menyentuh sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan perjuangan menentang Malayan Union.
"Semua tokoh sejarah memainkan peranan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dengan pelbagai cara...jadi untuk membina negara bangsa Malaysia yang benar-benar memahami sejarah kita perlu merujuk dari perjuangan asal tokoh terdahulu.
"Tapi kita harus ingat antara mereka ni ada yang berjaya dan ada yang tidak kerana ada yang guna cara lurus dan ada juga yang belok kanan belok kiri," katanya.
Ramlah juga menyentuh perjuangan Bapa Kemerdekaan negara Tunku Abdul Rahman yang dipilih sebagai pemimpin pertama oleh semua kaum di Tanah Melayu.
Katanya jika diteliti perjuangan tokoh kemerdekaan Melayu pada zaman dahulu, tradisi berbincang dan bertolak ansur merupakan resepi utama kejayaan mereka mendapatkan kepercayaan dan kuasa memerintah daripada rakyat.
"Sebenarnya tiada beza perjuangan dahulu dengan sekarang... kekejaman bukan modus operandi yang betul untuk seseorang mendapatkan kuasa dalam sesebuah negara.
"Dulu kita ada parti haluan kanan dan kiri, sekarang ada parti kerajaan dan pembangkang serta tak terkecuali penyokong yang bersifat subversif, tak ada beza....jadi saya harap sejarah tidak dijadikan politik pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka," katanya.
Ramlah banyak menulis buku dan menjalankan penyelidikan sejarah selain pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara.- Bernama
Komen:
Jika kita bodoh, sudah pasti kita akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Prof Kangsung diatas. Prof. Ramlah Adam cuba untuk mempermainkan pemikiran orang-orang Melayu dengan anggapan, majoriti orang Melayu bodoh.
Inggeris merupakan diantara kuasa kolonial yang paling bijak. Memang benar dibiarkan raja-raja Melayu terus berkuasa dan agama Islam terus dipraktikkan. Kerana apa yang lebih penting kepada Inggeris adalah hasil bumi di Malaya.
Berbanding Belanda, Inggeris akan dilihat lebih baik. Inggeris bijak memperbodohkan rakyat Malaya dengan tindakan untuk membiarkan budaya dan agama terus dipraktikkan. Alhamdulillah sekarang internet membantu orang-orang Melayu agar tidak terus diperbodohkan oleh orang-orang seperti Prof. Ramlah Adam.
Labels:
Merdeka,
Penjajahan,
Prof Ramlah Adam,
Sejarah
| Reactions: |
Kematian hanyalah tidur panjang?
Hidup ini adalah kematian dan matilah jika ingin hidup kata Syekh Siti Jenar. Ebiet pula berkata bahawa kematian itu adalah tidur panjang.
Jangan sekali-kali takut membicarakan tentang kematian kerana kematian itu adalah pasti. Ramai yang cintakan kehidupan. Amat sedikit yang mencintai kematian.
Sejak kecil kita seringkali ditakut-takutkan dengan kematian. Sedangkan kematian itu adalah satu kemuliaan.
Labels:
Camelia IV,
Ebiet G. Ade,
Syakh Siti Jenar
| Reactions: |
Friday, February 24, 2012
Sokong perhimpunan Anti Lynas di Kuantan
Jika dibiarkan semua keputusan dibuat oleh kerajaan, maka sudah lama Malaysia musnah. Oleh itu, rakyat negara ini yang cintakan negara wajib menyokong PERHIMPUNAN HIJAU di Kuantan, Pahang Ahad ini.
Kerana dirasuah oleh "orang putih" Australia, kerajaan Malaysia membenarkan Malaysia dihancurkan oleh orang-orang Asing yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Labels:
Anti Lynas,
Barisan Nasional,
Kezaliman,
Lynas,
Pencemaran,
UMNO
| Reactions: |
Salute untuk Imam yang berani!
Seorang Imam membaling kasut kepada hakim kerana menganggap keputusan yang dijatuhkan kepadanya merupakan satu kezaliman.
Gempar sistem perundangan negara dengan tindakan Imam tersebut.
Imam yang bernama Hoslan Hussin mendakwa tindakannya itu sebagai satu simbol perlawanan terhadap sistem kehakiman yang rosak.
Tidak mustahil selepas ini, akan ramai lagi hakim-hakim yang akan dibaling kasut. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin politik.
Rakyat tidak boleh ditindas selama-lamanya.
Pada tahun 2008, mantan presiden George Bush dibaling kasut di Iraq oleh seorang wartawan sebagai penentangan terhadap penjajahan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.
Labels:
Baling kasut,
Imam,
Mahkamah,
Malaysia,
Sistem Kehakiman
| Reactions: |
Debat politik, budaya demokrasi
Antara masalah utama Malaysia adalah, semua perkara suka diambilsecara “setengah masak”.
Lihatlah demokrasi di Malaysia.
Mengaku demokrasi, tetapi banyak betul halangannya - kebebasan bersuara, kebebasan menerbitkan akhbar dan kebebasan berhimpun secara aman.
Semalam, Mahkamah Sesyen baru saja menjatuhkan hukuman bersalah ke atas 14 orang aktivis anti ISA kerana berhimpun secara aman pada 1 Ogos 2009, bagi membantah akta “draconian” tersebut.
Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad, Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2000 dan penjara sehari.
Inilah demokrasi ala Malaysia. Demokrasi yang hanya ada pada nama.Pengkhianatan secara terbuka dilakukan oleh pemerintah hari ini terhadap janji perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - untuk menjadikan Malaysia (Malaya ketika itu) sebagai sebuah negara demokrasi.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Debat,
Dr. Mahathir,
Malaysiakini,
Najib Razak,
Politik
| Reactions: |
Wednesday, February 22, 2012
Menidakkan kejahilan
Apabila tidak membaca, anda akan menjadi terus jahil.
Apabila anda jahil anda akan membuat tindakan bodoh.
Apabila anda buat tindakan bodoh, anda akan menyusahkan orang ramai!
"Bom telah meletup di Bangkok minggu dahulu. Berita melaporkan bangunan kedutaan Israel sebagai sasaran. Seorang warga Iran telah ditahan di Kuala Lumpur. Sebelum di Bangkok, bom telah juga meletup di New Delhi dan di Georgia. Media dan ajensi berita yang bersimpati dengan Zionis telah menuduh Iran dibelakang semua letupan ini. Letupan ini adalah bukti bahawa Iran adalah negara sarang pengganas.
Tetapi Bangkok Post akbar harian Inggeris Siam telah melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Siam yang meminta semua pihak tidak melulu menuduh Iran. Apakah ada sesuatu lagi dibelakang letupan-letupan ini? Apa makna semua ini?
Dalam strateji media ini dipanggil strateji mengolah pesetujuan. Bom yang meletup itu adalah hasil operasi ‘false-flag’. Ini adalah mondus operadi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk mengolah persetujuan agar ‘letupan’ yang lebih besar dapat dilakukan.
Jika membaca buku memoir Said Zahari – bekas ketua pengarang Utusan Melayu - kita akan bertemu dengan naratif dimana Tunku telah diminta oleh British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian British meminta Tunku menuduh letupan ini sebagai kerja sabotaj Sukarno. Ini berlaku ketika Bung Karno menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.
Jangan lupa – paling terbaru di Kuala Lumpur telah berlaku 3 letupan kecil pada 9 Januari lalu d Mahkamah Jalan Duta. Ini juga adalah operasi ‘false-flag’. Tidak susah untuk memahami siapa dibelakang letupan ini kerana pagi esoknya akhbar kesayangan gerombolan United Malays National Organistion telah menuduh : letupan bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim. Baca seterusnya disini."
Labels:
Israel,
Neocon,
New World Order,
Perang,
Perang Dunia Ketiga,
Politik,
Zionist
| Reactions: |
Cadang mansuh ISA, tapi hukum aktivis Anti ISA
Demo anti-ISA: 14, termasuk pemimpin GMI didapati salah
Empat belas daripada 16 individu yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terbabit dengan perhimpunan haram.
Kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.
Pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.
Mereka dikatakan berkumpul di tempat mereka ditahan antara jam 9 pagi dan 1.30 petang, pada 1 Ogos, 2009, di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.
Tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah pagi ini dan hakim Ainul mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.
Tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah pagi ini dan hakim Ainul mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.
Kesebelas mereka yang hadir hari ini dijatuhkan hukuman penjara sehari dan didenda RM2,000 setiap orang atau penjara seminggu jika gagal menjelaskannya.
Mereka yang didakwa itu ialah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad, Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.
Dua daripada mereka, Hayati dan Syaza, tidak "hadir dengan alasan" dan telah memaklumkannya kepada mahkamah. Ibu Hayati meninggal dunia awal pagi ini, sementara Syaza pula terpaksa menziarahi ibunya yang sakit tenat.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Ameer Abdul Karim.
Antara ahli parlimen yang hadir bagi memberi sokongan mereka ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu).
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Ameer Abdul Karim.Antara ahli parlimen yang hadir bagi memberi sokongan mereka ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu).
Mereka disertai Ketua Penerangan kerajaan negeri Selangor Badrul Amin, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvam dan adik kepada mendiang Teoh Beng Hock - Lee Lan.
Labels:
BN,
Hipokrasi,
ISA,
Najib Razak,
Rosmah Mansor
| Reactions: |
Tuesday, February 21, 2012
ABAI, takde idea betul... Kah kah kah
Selepas grafiti Asalkan Bukan Umno (ABU) menjadi popular dan diangkat sebagai kempen oleh kumpulan NGO, kini muncul pula contengan "Asal Bukan Anwar Ibrahim".
Dalam insiden yang dikesan kelmarin, contengan yang dianggap sebagai vandalisme itu dikesan di pusat khidmat DAP DUN Ayer Keroh di Melaka, lapor blog pemimpin PAS negeri.
Berdasarkan gambar yang dikirim kepada Malaysiakini, kelihatan tulisan bersaiz besar berwarna merah dan hitam itu disembur, dipercayai menggunakan penyembur aerosol.
Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San (gambar kanan, berbaju putih) dilapor menyifatkan perbuatan vandalisme itu mencabar rakyat Melaka dan Pakatan Rakyat."Mereka cuba mengelirukan rakyat dan cuba memberi gambaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat, perbuatan ini bukan suatu perbuatan yang sihat dan ia hanya untuk membuat kacau," ujar Goh yang juga ADUN Kesidang, tanpa menyebut secara langsung pihak yang dimaksudkan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka Yusof Wahab berkata perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bukan tindakan bijak dan profesional.
"Ia merupakan budaya yang tidak baik dan pengecut kerana merosakkan harta orang lain dengan perkataan-perkataan berunsur politik murahan."Tindakan ini juga sebenarnya adalah tindakan pengecut dan khianat, mereka cuba mengulangi era 60-an di zaman pemuda tahan lasak dahulu," Yusof dipetik sebagai berkata.
Penubuhan ABU - gabungan aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik - diumumkan pada 9 Disember lalu bertujuan menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.
Pergerakan itu berkata, walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.
Komen: Bila berlawan dengan orang bodoh beginilah jadinya. Tak ada idea. Menunjukkan kebodohan sendiri! Kah kah kah
| Reactions: |
Wawancara Pengerusi Bersih pertama, Syed Shahir bersama majalah Tempo
Syed Shahrir Syed Mohamud adalah pengerusi Bersih yang pertama. Beliau juga merupakan mantan Presiden MTUC. Di bawah adalah wawancara majalah Tempo dari Indonesia bersama beliau berkenaan dengan reformasi pilihanraya di Malaysia.
![]() |
| Sila klik untuk besarkan |
Labels:
BERSIH,
Indonesia,
MTUC,
Politik,
Reformasi Pilihanraya,
Syed Shahrir,
Tempo
| Reactions: |
Saturday, February 18, 2012
Hubungan dagangan Malaysia-Israel
Oleh kerana heboh mengenai isu Israel akibat daripada temuramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Asian Wall Street Journal, tergerak dihati untuk mencari maklumat mengenai hubungan dagangan diantara Malaysia dan Israel.
Bertemu dengan maklumat ini:
Nampaknya walaupun passport Malaysia mengharamkan warganya untuk masuk ke negara haram Israel, negara terus menerus berdagang dengan pusat Zionis itu.
Anda boleh baca sendiri di laman web syarikat konsultant tersebut disini. Tak sangka Malaysia juga adalah penyumbang secara langsung kepada kerajaan Israel untuk membeli peluru dan bom bagi meneruskan penjajahan mereka terhadap rakyat Palestin.
Selepas membaca dan melihat gambar diatas, apa perasaan anda? Tertipu? Terasa bodoh?
Boleh nyatakan diruangan komen.
Labels:
Anwar Ibrahim,
AWSJ,
Israel
| Reactions: |
Friday, February 17, 2012
Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.
Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.
NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.
Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.
Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.
Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.
"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.
Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.
- Bernama
Labels:
FLOM,
Malaysia,
Najib Razak,
Politik,
Rosmah Mansor
| Reactions: |
Thursday, February 16, 2012
Penggunaan dakwat kekal berkuatkuasa semalam
Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa semalam setelah diwartakan pada 13 Feb lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Beliau berkata SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum order lagi," katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program "Dialog" yang bertajuk "Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di Kuala Lumpur malam semalam."Untuk order (dakwat kekal) tidak lama, dua minggu sahaja. Maknanya dari segi persediaan kita dari segi kotak, botol, penutup botol, sudah dalam proses," kata Abdul Aziz.
Beliau berkata dakwat itu akan dipesan sebaik pembubaran Parlimen diumumkan.
Labels:
Dakwat Kekal,
Malaysia,
Politik,
PRU 13,
SPR
| Reactions: |
Tuesday, February 14, 2012
Buat yang gagal....
Dengarkan lagu dibawah. Selepas itu anda akan faham mengapa "lelaki tua kerepot" masih mampu berdating dengan wanita-wanita cantik secantik-cantiknya....
Kehodohan bukan penghalang kepada anda untuk berbahagia....
Labels:
Hari Kekasih,
I'm Your Man,
Leonard Cohen,
Valentine's Day
| Reactions: |
Selamat berkasih....
Sempena hari kekasih, aku tujukan lagu cinta hebat ini kepada semua kekasih-kekasih yang sedang berkasih. Cinta itu indah. Agama mengajarkan cinta. Daripada cinta lahirlah perjuangan. Perjuangan untuk membela sesama manusia. Di atas dasar cinta kepada kemanusiaan.
Tanpa cinta, hidup manusia kosong. Orang yang tidak faham tentang cinta marah dan dengki dengan orang yang bercinta. Akhir kata, bercintalah selagi hayat dikandung badan. Jangan pernah berhenti mencintai dan dicintai...
Labels:
Cinta,
John Lennon,
Love,
Valentine Day,
Yoko Ono
| Reactions: |
Apakah Abdul Kadir Sheikh Fadzir bakal dipecat dari Umno?
13 FEB — Tiba-tiba nama bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kembali dalam persada politik negara.
Veteran Umno itu pada mulanya menyertai Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) sebagai timbalan presiden.
Amanah adalah sebuah NGO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada 9 Januari 2012, Kadir dilihat bersama-sama mengiringi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
Beberapa hari selepas itu, beliau turut hadir di majlis kesyukuran sempena pembebasan Anwar di Bukit Segambut.
Kadir kemudiannya menggemparkan negara apabila mendedahkan bagaimana partinya, Umno menggunakan wang bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum.
Kemudian Kadir turut menghebahkan bagaimana politik wang menjadi kunci utama untuk pemimpin Umno terus berkuasa dalam parti.
Labels:
Amanah,
Anwar Ibrahim,
Malaysia,
Pakatan Rakyat,
Politik,
Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir,
Tengku Razaleigh,
UMNO
| Reactions: |
Monday, February 13, 2012
Satu hari di Sungai Wang....
Apakah pendirian kita dalam isu ini? Sama atau berbeza dengan isu KFC di I-City?
Labels:
Kejam,
Malaysia,
Perkauman,
Politik,
Tak berhati perut
| Reactions: |
Sunday, February 12, 2012
Selamat Jalan Whitney Houston
Hari ini dunia kehilangan seorang lagi yang istimewa. Seorang wanita kulit hitam yang mempunyai suara yang lunak lagi merdu Whitney Houston.
Ratu "Pop" itu meninggal dunia pada usia 48 tahun. Mayat Whitney ditemui di Hotel Beverly Hilton.
Filem "The Bodyguard " lakonan beliau bersama Kevin Costner sentiasa dalam ingatan.
"It's all about love. To me, music and love are the same thing," kata beliau dalam satu persembahannya.
Whitney Houston dalam kenangan 1963-2012.
Labels:
Belasungkawa,
The Bodyguard,
Whitney Houston
| Reactions: |
Comin In From The Cold
"In this life, in this oh sweet life... Comin in from the cold....
Labels:
Bob Marley,
Coming in From The Cold
| Reactions: |
Saturday, February 11, 2012
The Weeping Song
One of my favorite song from Nick Cave and The Bad Seeds. Wish that i could write this kind of song...
Go son, go down to the water
And see the women weeping there
Then go up into the mountains
The men, they are weeping too
Father, why are all the women weeping?
They are weeping for their men
Then why are all the men there weeping?
They are weeping back at them
This is a weeping song
A song in which to weep
While all the men and women sleep
This is a weeping song
But I won't be weeping long
Father, why are all the children weeping?
They are merely crying son
O, are they merely crying, father?
Yes, true weeping is yet to come
This is a weeping song
A song in which to weep
While all the men and women sleep
This is a weeping song
But I won't be weeping long
O father tell me, are you weeping?
Your face seems wet to touch
O then I'm so sorry, father
I never thought I hurt you so much
This is a weeping song
A song in which to weep
While we rock ourselves to sleep
This is a weeping song
But I won't be weeping long
But I won't be weeping long
But I won't be weeping long
But I won't be weeping long
Labels:
Nick Cave,
The Weeping Song
| Reactions: |
Friday, February 10, 2012
3.7j belum daftar, mampukah Pakatan ke Putrajaya?
Undang-undang di Malaysia menetapkan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dalam pilihan raya.
16.1 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun keatas. Hanya 12.4 juta sahaja yang mendaftar sebagai pengundi.Menurut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, dua juta daripada 3.7 juta yang belum mendaftar itu terdiri daripada orang-orang Melayu.
Daripada dua juta orang Melayu yang belum mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada golongan yang berumur di bawah 40 tahun, menurut Wan Ahmad.
3.7 juta adalah angka yang besar. Jumlah pengundi sebesar itu mampu mempertahankan atau menjatuhkan sesuatu kerajaan.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Barisan Nasional,
Daftar Mengundi,
Dr. Mahathir,
Najib Razak,
Pakatan Rakyat,
SPR
| Reactions: |
Raja Nong Chik bekal maklumat untuk jatuhkan Shahrizat?
Updates
Kiriman dari pembaca. Terima kasih.
1) Pembetulan: ketika pilihanraya 2008 raja nong chik belm menjadi ketua bahagian umno lembah pantai. Beliau hanya jadi ketua bahagian selepas pilihanraya 2008. Pada 2004 adik shahrizat , dtk shahril menang ketua bahagian lembah pantai tapi telah digantung atas salah laku politik wang. Harap baca juga blog shahbudindotcom...
Posting Asal
Bagi yang telah lama menetap di kawasan parlimen Lembah Pantai pasti mengetahui "perang dingin" yang berlaku di dalam Umno bahagian tersebut.
Dalam PRU 12 lalu, Datuk Raja Nong Chik yang merupakan Ketua Umno Lembah Pantai diketepikan bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menjadi calon BN.
Team Raja Nong Chik dalam Umno Lembah Pantai tidak pernah berkempen membantu Shahrizat dalam PRU 12 lalu. Mereka dipercayai turut mensabotaj Ketua Wanita Umno itu sehingga tumpas ditangan Nurul Izzah - pertama kali bertanding dlm pilihan raya.
Labels:
Lembah Pantai,
Malaysia,
NFC,
Nurul Izzah,
Politik,
Raja Nong Chik,
Shahrizat Jalil
| Reactions: |
Thursday, February 09, 2012
Talian "Customer Care" Maybank menipu pelanggan?
Maybank adalah merupakan diantara bank yang mempunyai paling ramai pelanggan di Malaysia.
Pelanggan-pelanggan inilah yang memberikan kekuatan kepada Maybank sehingga mempunyai cawangan diluar negara seperti Singapura, Indonesia dan Filipina.
Sejauh manakah Maybank menghargai pelanggan-pelanggan mereka?
Saya mempunyai beberapa masalah berkenaan dengan akaun Maybank saya.
Apabila membuka laman web Maybank, diberikan nombor talian "Customer Care" di 1300-88-66-88 untuk pelanggan membuat pertanyaan.
Sebentar tadi, saya menelefon talian tersebut. Hampir sejam mencuba, masih belum ada sesiapa yang angkat. Lalu saya terfikir, apakah talian ini hanyalah penipuan semata-mata?
Oleh kerana gerakan pengguna di Malaysia lemah, seringkali rakyat dibuli oleh syarikat-syarikat besar sebegini.
Saya menuntut agar pihak Maybank membuat permohonan maaf terhadap sikap tidak professional pekerja-pekerja mereka yang menguruskan talian "Customer Care" tersebut.
Jika tidak, saya akan berhenti menjadi pelanggan Maybank dan berkempen di blog ini agar rakyat Malaysia meninggalkan Maybank dan menyimpan wang atau membuat pelaburan di bank-bank lain.
Labels:
Buli Pelanggan,
Maybank,
Perkhidmatan
| Reactions: |
Mamula Moon
Lagu sebelum tidur. Macam pernah dengar, tapi dimana ya?
Tuesday, February 07, 2012
2 juta orang Melayu layak mengundi masih belum mendaftar
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, mengatakan - daripada 3.7 juta pengundi yang belum mendaftar, dua juta terdiri daripada orang Melayu.
Daripada dua juta orang Melayu yang tidak mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada anak muda yang berumur dibawah 40 tahun. Klik disini.
Ertinya, masih ramai anak-anak muda yang belum daftar mengundi.
| Reactions: |
Selamat menyambut Thaipusam
Selamat menyambut hari Thaipusam kepada penganut-penganut agama Hindu tidak kira dimana mereka berada.
Malaysia beruntung kerana mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa. Raikanlah perbezaan ini. Jangan biarkan politikus merosakkan keharmonian negara ini hanya kerana mereka mahukan kuasa.
Jangan terpengaruh juga dengan pedagang-pedagang agama yang kini begitu berkuasa. Selamat menyambut Thaipusam!
| Reactions: |
Monday, February 06, 2012
Sufi
Kau menguasai selautan,
Yang tersembunyi di genggaman,
Nafi dan isbat kau sandingkan,
Sebagai tali pegangan.....
| Reactions: |
Sunday, February 05, 2012
Selawat ke atas Muhammad!
Labels:
Maulud Nabi,
Muhammad S.A.W
| Reactions: |
Saturday, February 04, 2012
Politik ‘kepala babi’
4 FEB — Muncul lagi kes-kes “kepala babi” dicampakkan ke masjid. Mula-mula berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di Rawang, Selangor. Kemudian Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur.
Meletakkan kepala babi di dalam masjid, rumah ibadah orang Islam — turut dianggap sebagai rumah Allah — adalah satu tindakan yang harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa.
Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam.
Niatnya adalah apabila kejadian seumpama ini berlaku, orang-orang Melayu akan menuduh masyarakat Cina yang melakukannya. Ini adalah kerana babi seringkali dikaitkan dengan masyarakat Cina.
Yang menjadi persoalan adalah, apa objektifnya?
Mahu menimbulkan huru-hara? Mahu menggugat keharmonian kaum? Mahu tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali?
Kejadian ini adalah satu provokasi politik yang merbahaya. Pelakunya adalah golongan yang berfikiran pendek dan tidak mempunyai sedikitpun kecintaan terhadap negara.
Yang penting bagi golongan ini adalah politik.
Labels:
Barisan Nasional,
Cina,
Kepala Babi,
Malaysia,
Masjid,
Melayu,
Pakatan Rakyat,
Politik,
PRU 13,
Rawang,
Sentul
| Reactions: |
Kamilia Ibrahim bakal gantikan Shahrizat Jalil
"Secara individu sebagai ahli parti jika kita menjadi beban kepada parti maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti," kata Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno.
"Walau apapun berlaku Wanita Umno tetap berdiri teguh di belakang presiden parti dan meneruskan kerja-kerja parti untuk menang pada PRU 13 nanti," katanya lagi. Baca seterusnya disini.
Labels:
Kamilia Ibrahim,
Ketua Wanita Umno,
Lembu,
Lembu dalam Kondo,
NFC,
Shahrizat Jalil,
UMNO
| Reactions: |
Parlimen bubar minggu hadapan?
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa didalam laman rasminya menyatakan bahawa parlimen akan dibubarkan pada minggu hadapan. Klik disini.
Kemudian ada juga menerima sms dari teman yang berbunyi, "Parlimen akan dibubarkan selepas hari Thaipusam. Dijangka akan dibubar pada tarikh 10 Febuari 2012. Penamaan calon pada 29 Febuari 2012 dan hari mengundi ialah pada 11 Mac 2012".
Labels:
Barisan Nasional,
Husam Musa,
Malaysia,
Pakatan Rakyat,
Politik,
PRU 13
| Reactions: |
Friday, February 03, 2012
Politik Malaysia masa kini?
Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Haji Dzulkefly Ahmad diserang awal pagi tadi. Sebuah keretanya, BMW E60 terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi tadi turut mengakibatkan bahagian bawah rumah Dzulkefly terbakar.
Sehingga kini belum dikenalpasti siapa pelakunya. Ini adalah satu perbuatan khianat dan motifnya mungkin untuk membunuh. Mujurnya Dzulkefly dan keluarganya tidak cedera atau
terkorban.
| Reactions: |
Video rasmi debat Rafizi Ramli-Khairy Jamaluddin
Video rasmi yang dikeluarkan oleh UKEC.
Labels:
Khairy Jamaluddin,
PKR,
Rafizi Ramli,
UMNO
| Reactions: |
Thursday, February 02, 2012
Pertempuran dalaman blogger Umno
Updates
Akibat berebut peruntukan, akhirnya mereka berbunuh sesama sendiri. Sebenarnya, ramai blogger terutamanya dari pihak Umno-BN keliru, mereka fikir, PRU 12 lalu, Pakatan Rakyat (PR) menang banyak disebabkan pengaruh internet seperti blog dan laman web.
Mereka terlupa, orang mencari maklumat di internet untuk mendapatkan berita alternatif oleh kerana media arus perdana berat sebelah. Sebanyak mana pun Umno-BN melahirkan blog-blog tidak akan membantu oleh kerana ceritanya sama seperti media arus perdana.
Blog-blog yang mencarut, maki hamun dan lucah ini hanyalah hiburan dan tidak memberikan impak kepada undi pilihanraya. Kadangkala, oleh kerana tidak berani menyalahkan diri sendiri akibat dari kesalahan tidak menguruskan negara dengan baik, mereka (Umno-BN) mencari alasan internetlah punca kekalahan mereka.
Jika dengan melahirkan beribu-ribu blog adalah cara untuk menang pilihanraya, maknanya, ajal Umno-BN semakin hampir. Lihatlah, belumpun PRU 13, blogger Umno-BN sudah berbunuh sama sendiri.
Kebanyakkannya dari jenis yang tidak berani mendedahkan identiti diri sebenar. Akhirnya Najib dan Umno tertipu dan berbelanja wang yang banyak kepada bloggers-bloggers ini walaupun ianya sia-sia.
Birlah si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Labels:
Blogger UMNO,
Malaysia,
Pakatan Rakyat,
Perang Siber,
Politik,
UMNO
| Reactions: |
Wednesday, February 01, 2012
Belum Taipusam Najib dah beraya di Batu Caves
Seingat saya, sepanjang melalui jalan Batu Caves sebelum-sebelum ini di zaman perdana menteri terdahulu, belum pernah lagi melihat keadaan sebegini.
Sebelum-sebelum ini, tidak pernah replika Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Badawi dipasang di Batu Caves.
Hari ini, replika gergasi perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dinaikkan di Batu Caves.
Apakah Najib begitu terdesak mahukan undi dari orang India sehinggakan replika gergasinya dinaikkan di rumah ibadat penganut agama Hindu?
Berpolitik janganlah sampai mahu "hijack" perayaan agama lain. Nampak sangat terdesak dan tindakan ini amat memalukan. Tidak hairanlah jika sudah ada laporan polis dibuat terhadap Najib agar tidak memperalatkan perayaan agama Hindu. Klik disini.
P/S: Gambar diambil dari Facebook.
Labels:
Barisan Nasional,
Batu Caves,
Najib Razak,
Politik,
Thaipusam,
UMNO
| Reactions: |
87 % pembaca blog ini mahu debat Najib-Anwar
Dalam poll yang dijalankan oleh blog ini selama enam hari, 87 % daripada pembaca mahukan debat diantara perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan.
Sementara 7 % pembaca lagi tidak mahu perdebatan diantara kedua-dua tokoh dilakukan.
4 % lagi tidak kisah sama ada debat akan diadakan atau tidak.
| Reactions: |
Subscribe to:
Posts (Atom)




























